Mitos Lelaki Kalau Minum Air Soya Punca Ketumbuhan K4nser Prostat, Ini Fakta Sebenar!

0 105

Prostat ialah kelenjar bersaiz kacang terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani.

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki.

Meskipun punca utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat, terdapat beberapa kepercayaan ramai yang mengaitkan faktor pemakanan dengan kanser prostat ini.

Antara kepercayaan paling popular berkait dengan kanser prostat ini adalah meminum kacang soya yang mana sekaligus dikatakan mengurangkan bilangan sperma dan menyebabkan kanser prostat.

Sehingga hari ini, kacang soya didapati tidak mempunyai sebarang kebaikan mahupun keburukan terhadap kesihatan prostat lelaki. Sebaliknya, kacang soya adalah sumber protein yang bagus dan baik untuk kesihatan. Tiga sudu kacang soya adalah bersamaan dengan 1/5 daripada keperluan sayur-sayuran harian.

Selain kacang soya, produk tenusu lain dan kalsium turut terkena tempias kononnya menjadi punca kepada kanser prostat. Ia juga dikatakan antara penyebab kepada kanser parudara wanita. Bagaimanapun, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan ia tidak memberi ancaman kesihatan jika diambil secara bersederhana.

Rawatan dan pencegahan awal mampu menyelamatkan nyawa. Jangan mudah percaya sumber yang tidak sahih sebaliknya dapatkan nasihat doktor dan pakar di mana-mana klinik atau hospital berdekatan.

kredit syok

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.