Lelaki Seret Kucing Sambil Menunggang Motosikal Serah Diri, Nafi Beliau Melakukan Kekejaman Terhadap Haiwan

0 260

Lelaki nafi heret kucing sambil tunggang motosikal

Lelaki yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap kucing dengan menyeret haiwan itu sambil menunggang motosikal di Langkap, Teluk Intan, Perak, ditahan polis, semalam.

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan apabila menyerah diri di Balai Polis Langkap pada 9 malam, selepas rakaman perbuatannya tular di media sosial.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata lelaki itu turut membuat laporan penafian mengenai kejadian.

“Suspek mendakwa dia mahu menangkap kucing berkenaan menggunakan sauk untuk dibuang di kawasan berdekatan rumahnya.

“Lelaki itu mendakwa tiba-tiba kaki depan kucing berkenaan terkeluar dari jaring sauk menyebabkannya terseret di atas jalan ketika dalam perjalanan ke kedai makan berhampiran,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini selepas diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Kes akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya

kredit mykmu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.