“Kadang-Kadang Manusia, Kita Bagi Muka, Dia Campak Tahi” Tidak Selesai Gaduh Lepas Bercerai, Zarina Anjoulie Saman Bekas Suami

0 224

Kuala Lumpur: “Tak apa, aku teruskan dan ‘report’ pun dah buat,”. Demikian kata pelakon, Zarina Anjoulie menerusi Instagram Story yang menunjukkan dirinya baru sahaja keluar dari balai polis selepas membuat laporan.

Di platform media sosial itu juga, Zarina menjelaskan bahawa dia akan teruskan dengan saman terhadap bekas suaminya, Eilyas Azhar.

“Selesai dah di balai polis, selesai buat laporan. Tunggu, aku nak teruskan dengan saman. Kadang-kadang manusia, kita bagi muka, dia campak tahi.

“Tak apalah. Kadang-kadang, kita bila diam bukan kerana kita takut. Aku nak ‘move on’. Tunggu dan lihat,” katanya lagi.

Zarina juga menegaskan bahawa dia membuat laporan polis itu bukan kerana takut kepada Eilyas, sebaliknya mengenangkan bekas ibu dan bapa mentuanya.

“Bukan aku takut dengan kau atau ugutan kau. Aku dah nak lupakan, sebab aku mengenangkan mak bapak kau.

“Tapi, sebab kau hantar makcik gemuk itu nak ugut aku, tak apalah. Aku teruskan,” katanya.

Terdahulu, Zarina memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan di mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, sekali gus lelaki itu meletakkan harga bayaran RM10,000.

“Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eilyas), semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing. Tapi, mulut cakap ‘aku tak hadap duit Anju’.

“Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main ‘post’ di Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam,” tulisnya.

Zarina juga turut berkongsi laporan polis yang dibuat mengenai tindakan Eilyas yang pernah memanjat rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke Instagram Eilyas mendapati dia nampaknya menerima apa juga tindakan Zarina dengan tenang.

“Tak apa, negara ada undang-undang. Jadi, teruskan sajalah dengan undang-undang, okay. Tak perlu nak jelaskan, canang panjang lebar benda tak betul di media sosial.

“Aku gembira kalau cerita dongeng ini dibawa ke jalan yang betul. Guna jalan, saluran yang betul, okay? Aku tak ada masa nak bergaduh di media sosial,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam satu hantaran lain, Eilyas berkata dia sebenarnya diugut oleh Zarina.

“Siapa yang ugut siapa entah. Pada hal, aku yang kena ugut nak disebarkan gambar aku mandi,” tulisnya.

Zarina berkahwin dengan Elyas di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

kredit harian metro

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.