4 Penyakit Yang Sering Menyerang Wanita Di Area “Miss V” Di Zaman Moden Sekarang

0 137

Penyakit boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Namun lain pula ceritanya apabila ia berkait dengan masalah dalaman wanita.

Wanita secara keseluruhannya cenderung mengalami masalah dan kondisi kesihatan yang unik merangkumi aspek kehamilan, menopaus hingga ke keadaan ginekologi, seperti fibroid rahim dan gangguan lantai pelvik.

Lebih merumitkan, isu berkaitan kesihatan wanita ini tidak dirujuk kepada doktor atau pakar dan mereka sering mendiamkan masalah ini selain hanya mengamalkan cara tradisional untuk meredakan kesakitan.

Berikut adalah antara kondisi, penyakit dan isu wanita yang kerap terjadi:

#1 Endometriosis

Salah satu masalah dalaman wanita yang kerap berlaku. Terjadi pada wanita dalam usia lingkungan 30 hingga 45 tahun. Ia tumbuh dalam badan wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dikesan pada bahagian lain dalam badan seperti sekitar kawasan pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif.

Tambah lagi, ia sering ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong rahim.

#2 Fibroid rahim

Turut dikenali dengan nama seperti myoma atau leiomyoma, ia merupakan sejenis ketumbuhan yang terbentuk dari dinding atau otot rahim. Kerap terjadi kepada kebanyakan wanita dalam lingkungan usia subur. Sama seperti endometriosis, ia bukan bersifat kanser, namun ia boleh berlaku ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda. Ia akan mengecut selepas wanita itu mengalami menopaus.

#3 Kanser ginekologi

Melibatkan barah yang melibatkan organ pembiakan wanita. Ia merujuk kepada 5 jenis kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser faraj, kanser vulva dan kanser rahim. Faktor sejarah keluarga, kegemukan, usia dan HPV adalah antara faktor risiko yang penting untuk kanser ginekologi.

#4 Sindrom ovari polisistik (PCOS)

PCOS merupakan masalah pada hormon yang menjejaskan kesuburan, kitaran haid, bahkan menyebakan rupa fizikal wanita itu berubah.

Selain penyakit diatas, terdapat beberapa isu lain yang cenderung terjadi dalam kalangan wanita seperti haid tidak teratur, masalah kesihatan saluran kencing, masalah kesihatan mental dan juga masalah tulang.

Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, anda dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup dan pola pemakanan yang sihat, selain merujuk kepada pakar untuk pengesanan penyakit yang lebih awal. Jangan biarkan ia melarat hingga menggangu kehidupan anda dimasa hadapan.

kredit syok

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.