Gara-Gara Putus Cinta, BF Curang Main Kayu Tiga, Gadis Tak Makan Dan Minum Sampai Pengsan

0 439

Cinta merupakan satu perkara yang misteri dan unik. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, cinta tetap kukuh dan mekar.

Manakala, pasangan lain pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun menjalani bahtera perkahwinan.

Realitinya, putus cinta sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.

Begitulah seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @arjelitasianturi1 ini. Menerusi aplikasi TikTok, @arjelitasianturi1 berkongsi sebuah video tentang kisah sedih rakan baiknya yang baru sahaja putus cinta.

Terlampau sedih BF kantoi curang

Nak dijadikan cerita, gadis itu baru mengetahui bahawa teman lelaki yang disayangi selama ini dalam diam menjalin hubungan dengan perempuan lain.

Dalam video itu, dia dilihat pengsan, tidak sedarkan diri dan hanya terbaring di atas lantai selepas seharian menangis sebaik sahaja mengetahui perkhabaran duka tersebut.

Menangis hingga pengsan, tak nak makan atau minum

@arjelitasianturi1

yang mau part 2 Ini yaa#RambutMaksimal #fyppppppppppppdong

♬ Judika Putus Atau Terus – AJR

Bukan setakat menangis sahaja, akibat terlampau sedih gadis itu turut tidak mahu makan atau minum dan sanggup membiarkan diri kelaparan sepanjang hari.

Sementara itu, rakan-rakan lain dilihat gigih berusaha membantu menenangkan kembali gadis tersebut supaya kembali sedar.

Kembali sedar dan mampu tersenyum

@arjelitasianturi1

Selalu kasih support ya dia udah mulai pulih ya @borlimnyaakubou

♬ original sound – Arjelita Sianturi180 – Arjelita Sianturi180

Dalam perkongsian lain, @arjelitasianturi1 memuat naik perkembangan gadis itu yang dilihat sudah kembali sedar dan mampu tersenyum semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap gadis itu dan menasihatinya agar jangan bersedih kerana masih ramai lagi calon lain.

kredit borak daily

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.