Mahu Buat Pembedahan Plastik Muka Jadi Macam Barbie, Cik B Tegur Dato Vida Perbuatan Itu Haram

0 232

Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menjadi bualan ramai selepas pengusaha kosmetik terkenal itu meluahkan hasratnya untuk kelihatan seperti patung Barbie. Oleh itu, dia ingin membuat pembedahan plastik bagi menunaikan hasratnya.

Luahan itu dikongsikan anak kepada Datuk Seri Vida sendiri iaitu Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B menerusi sebuah video di laman Instagram.

“Mama suka patung Barbie. Mama mahu muka cantik seperti ini. Mama mahu buat pembedahan plastik,” ujar pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu secara berseloroh.

Namun, penyanyi Lavida Raya itu nampaknya terpaksa melupakan hasrat dan cita-citanya selepas menerima nasihat daripada anak perempuannya.

Pelakon Lelaki Lingkungan Cinta itu menasihati ibunya bahawa pembedahan plastik itu haram dan berdosa besar, “Tidak bolehlah tidak cantik. Sudahlah saya memang tidak suka patung Barbie lagipun dosa kan.”

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Cik B dan Datuk Seri Vida meninggalkan komen yang memuji cara Cik B menegur ibunya secara bersahaja.

Sumber: Instagram @datoserivida

Selain itu, ada juga yang menyifatkan Cik B sebagai seorang anak yang matang dan pandai menjaga ibunya. Apa pendapat anda tentang reaksi Cik B terhadap permintaan ibunya?

kredit i am lejen

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.