Berdiri Tepi Jalan Sambil Air Mata Mengalir, Netizen Puji Lelaki Ni Hulurkan Bantuan Kepada Auntie Nak Beli Ubat

0 208

Tular baru-baru ini sebuah video menunjukkan sepasang pasangan Melayu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita warga emas di tepi jalan.

Berdurasi 1 minit 26 saat, video itu telah menyentuh hati warganet apabila pasangan ini membantu warga emas itu untuk membeli ubat dan lampin buat ibunya.

Pasangan tersebut mendapati wanita ini telah berdiri dalam tempoh yang lama di tepi jalan dan mengelap air matanya beberapa kali.

Mereka kemudian memandu menghampiri wanita tersebut dan menanyakan jika dia perlukan sebarang bantuan untuk mencari seseorang.

Wanita itu kemudian membalas dalam nada yang sayu bahawa dia bukan mencari sesiapa namun perlukan bantuan dari segi kewangan.

Didapati, ibu kepada warga emas tersebut telah terjatuh dan mengalami kecederaan di mukanya.

“Saya tidak cari sesiapa. Saya perlu minta tolong cari sedikit duit untuk beli ubat dan lampin mak saya.

Mak saya jatuh.” ujar wanita tersebut sambil menunjukkan gambar ibunya menggunakan telefon pintar.

Lelaki itu kemudian menghulurkan sekeping RM50 kepadanya setelah mendengar situasi warga emas itu.

Dilihat, wanita itu sebak lalu menangis sambil mengucapkan terima kasih berulang kali.

“Saya mahu mak saya baik-baik sahaja. Saya tidak apa.” katanya lagi sebelum pasangan itu memberi tambahan wang RM10.

Tonton video tersebut di sini:

https://www.tiktok.com/@dindafarishy/video/6967704904647429378?sender_device=pc&sender_web_id=6896259128861410818&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Warganet memuji tindakan pasangan ini sedar bahawa wanita yang berada di tepi jalan itu terdesak memerlukan bantuan.

Mereka juga dipuji kerana memberi pertolongan tidak mengambil mengira bangsa dan agama.

kredit i am lejen

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.