Adik Sajat Curi Perhatian Buat Parodi Abangnya, Ramai Ingat Dia Wanita Palsu “Haa Adik Dia Pun Panggil Sajat Abang!”

0 474

MUSTIKA, adik perempuan kepada usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mula mendapat perhatian netizen di laman Twitter sejak semalam.

Mustika menciap video parodi menggunakan audio milik abangnya sehingga tular di platform media sosial tersebut.

Menerusi video TikTok berdurasi 45 saat itu, Mustika membuat parodi menggunakan suara abangnya dan wajahnya itu saling tidak tumpah seperti Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nur Sajat.

Rata-rata pengguna Twitter tidak percaya dan hampir tertipu kerana pada awalnya mereka menyangka itu Muhammad Sajjad, namun sangkaan mereka salah kerana ia adik perempuan kepada usahawan berkenaan.

Malah, ada yang terkejut kerana menyangka Mustika menukar jantina, namun sebenarnya dia wanita tulen.

“Mula ingat dia, baca komen rupanya adik Sajat, perempuan tulen. Muka juga sama,” ciap seorang netizen.

“Mustika, adik Sajat. Dia pernah masuk program The Band di Astro pada 2013/2014. Mustika panggil Sajat pun abang, bukan kakak,” ujar seorang lagi netizen.

“Muka tulen perempuan, tetapi bila dengar suara dalam video ala-ala jantan. Muka pula ada iras Sajat tetapi bukan Sajat. Saya mula bingung,” kata netizen.

kredit Malaysiapost

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.