Doktok Dedah Ini Sebabnya Jangan Terpengaruh Dengan Iklan Guna Kimia Untuk Selesai Tangka Tersumbat, Kaki Wanita Melecur Selepas Terpedaya

0 145

PERINGATAN kepada mereka yang menggunakan bahan kimia untuk menyelesaikan masalah paip tersumbat agar berhati-hati kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan paip terhakis.

Pengamal perubatan dan kesihatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengalaman seorang pesakitnya yang mengalami melecur teruk di bahagian kaki terkena bahan kimia daripada paip yang terhakis sehingga bocor.

Menurutnya, ketika kejadian pesakitnya itu sedang memasak di dapur, tiba-tiba paip di bahagian syiling pecah dan mengeluarkan asap serta air yang keluar daripada paip terkena pada kakinya.

“Sebaik sahaja air dari paip pecah tu kena kaki pesakit ni. Dia terus rasa panas yang tak dapat digambarkan sakitnya. Dia dia terus melepuh. Cepat-cepat dia cuci kaki dengan air mengalir, tapi masih sangat sakit.

“Akhirnya perlu di bawa ke hospital. Luka lecuran kimia pada kaki pesakit telah dirawat, dan kemudian telah dirujuk ke Jabatan Pembedahan Plastik serta Terapi Carakerja untuk rawatan susulan lecuran,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dr Kamarul Ariffin berkata, kejadian tersebut berpunca penghuni di unit atas rumah pesakitnya yang mengalami masalah sinki tersebut dan telah menggunakan satu bahan kimia (didakwa asid) untuk menyelesaikan masalah paip tersumbat itu.

Katanya, asid yang dibeli itu adalah produk komersial dan dituang ke dalam paip dan dibiarkan agar asid menghakis apa-apa jua yang menyebabkan paip tersumbat.

“Maknanya asid ni menghakis. Tidak pasti sama ada cara penggunaan salah, paip di rumah pangsa itu dah lama, atau material paip tak sesuai. Tapi ia menyebabkan paip itu pecah.

“Sesetengah rumah, sistem perpaipannya adalah jenis terbuka. Maksudnya saliran untuk tingkat atas, akan nampak di siling tingkat bawahnya. Jadi, perlu sangat berhati-hati,” katanya.

kredit Malaysiapost

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.