Wanita Jumpa Jarum Dalam Tuala Wanita Wanita Cetus, Jutaan Kegusaran Dalam Kalangan Wanita

0 121

JIANGXI: Seorang wanita di Jiangxi timur mencetuskan panik dalam kalangan wanita di China apabila mendakwa menemui jarum pada produk tuala wanita yang dibelinya.

Lebih mengejutkan lagi apabila jarum itu didakwa dijumpai pada jenama tuala wanita popular di negara itu.

Video yang dimuat naik di Weibo itu menarik perhatian ramai sejak mula dikongsi pada Sabtu, dan sudah ditonton lebih 500 juta kali di platform blog mikro itu pada Isnin.

“Sekiranya jarum itu sudah ada ketika proses pengilangannya, ia membawa risiko kesihatan yang besar,” kata wanita yang berkongsi video itu kepada media.

Wanita itu turut mendesak pengilang terbabit melakukan siasatan.

kredit mykmu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.