Rakyat Korea Anjur Pertandingan Tidak Buat Apa-Apa Dan Boleh Menangis Hadiah

0 200

Seramai 28 peserta bersaing antara satu sama lain menerusi satu pertandingan yang mana mereka untuk tidak melakukan apa-apa langsung di sebuah hutan yang terletak di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Dikenali sebagai Space Out, pertandingan tersebut memerlukan peserta bertindak bersahaja dengan tidak melakukan apa-apa selama 90 minit.

Mereka yang mempunyai degupan jantung terendah dan paling stabil di penghujung pertandingan tersebut dinobatkan sebagai pemenang.

Menurut pencetus pertandingan tersebut yang dikenali sebagai Woopsyang, “Kita mempunyai begitu banyak masa terluang di rumah namun kita menghabiskan masa tersebut untuk berasa tertekan dan cemas berikutan virus yang menular.”

Menyokong pernyataan tersebut, seorang psikiatri dari Hospital Kangbuk Samsung di Seoul turut menjelaskan, “Menghadapi ancaman virus yang belum pernah terjadi sebelumnya, orang ramai berasa sulit untuk berdiam diri dan terus bimbang mengenai tindakan apa yang harus diambil mereka selanjutnya.

“Namun apa yang diperlukan otak pada masa-masa yang sukar ini adalah waktu terluang untuk diri sendiri selain merehatkan mental untuk melepaskan diri daripada kitaran kegelisahan yang berterusan,” ujarnya.

Tahun lalu, pertandingan tersebut diadakan secara dalam talian berikutan pandemik yang melanda.

Pertandingan Space Out pertama kali dicetuskan oleh seorang artis dari Korea Selatan yang bernama Woopsyang pada 2014. Ia kemudian tular dan turut diadakan di luar Korea Selatan misalnya Netherlands dan Hong Kong.

kredit syok

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.