Diva AA Puji Anwar Ibrahim Lepas Menghadap Agong “Curluzz Bang Non! Hah Baru Ada Telor! Hidup Anwar!. #Anwaribrahimpmke9!”

0 307

SELEBRITI terkenal, Azwan Ali memuji tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berani bertemu dengan pengamal media selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Perkara itu dinyatakan artis lebih dikenali Diva AA dalam ciapan di akaun twitternya, @DivaAATersohor sambil memuat naik tangkap layar imej Presiden Parti Keadilan Rakyat hendak keluar bertemu media yang menunggu di luar Istana Negara.

“CURLUZZ BANG NON! KUAR KERETA JUMPA PRESS! HAH BARU ADA TELOR! HIDUP ANWAR!. #ANWARibrahimPMke9! KO GHASE? SEE MY LEVELL,” tulis Azwan yang juga adik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, ada diantara warganet yang memberi maklum balas dalam ciapan itu sempat berseloroh sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Azwan harus dilantik sebagai timbalannya.

“Boleh kalau Anwar Ibrahim jadi PM9 tetapi syaratya Diva (merujuk kepada Azwan) kena jadi timbalan PM,” tulis @himawari_rin94.

Azwan tidak pernah sunyi dengan kontroversi terutama di dunia media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras tetapi penyampaiannya sedikit melucukan.

Pada 18 Mei lalu, beliau menggesa Neelofa dihukum penjara kerana berulang kali dikatakan sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Azmin juga antara pemimpin negara sering dikecam Azwan di media sosial walaupun status mereka sebagai adik-beradik.

kredit Malaysiapost

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.