PENGAMBILAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 2020

Untuk makluman semua, permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 sesi 2020 telah di buka.Terdapat 1407 kekosongan ditawarkan ambilan bagi sesi 2020. Anda boleh terus mengemukakan permohonan rasmi melalui portal SPA Malaysia.Pastikan anda pilih jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 sebagai pilihan jawatan semasa anda mengemukakan permohonan nanti.Berikut merupakan iklan permohonan rasmi Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang dikeluarkan oleh SPA Malaysia.

Bagi lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang berminat untuk kerja kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh menceburi kerjaya Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.Namun sebelum anda memohon jawatan ini pastikan anda membaca terlebih dahulu panduan lengkap ini untuk mengetahui syarat-syarat permohonan jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dan juga cara-cara untuk memohon jawatan ini.Untuk memohon, anda hanya perlu memiliki sijil PMR atau PT3 sebagai kelayakan akademik.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang telah ditetapkan. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat berikut sebelum anda memohon.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mepunyai Kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sila bawa Resume lengkap berserta gambar.

BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Adalah penting untuk anda mengetahui bidang tugas pembantu perawatan Gred U11 sebelum anda mengisi permohonan secara online. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 secara umum.


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


TUGAS-TUGAS AM

  • Ketik kad kehadiran kerja masa masuk dan keluar.
  • Melaporkan kehadiran pada ketua unit atau jururawat bertugas.
  • Serahkan/ambil tugas kepada rakat sejawat.
  • Kemas katil dan kebersihan sekitar wad.
  • Kemas dan bersihkan katil pesakit discaj.
  • Tukar dan ikat beg linen yang sudah penuh.
  • Pastikan oksigen dan suction berfungsi dan bersih.
  • Bersihkan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
  • Menyediakan air kepada pesakit mengikut waktu dan .keperluan.
  • Ambil dan hantar troli makan dari unit sajian.
  • Kutip dan cuci tray selepas pesakit selesai makan.
  • Bersihkan peti sejuk dan peralatan steril ikut jadual.
  • Berhubung baik dengan pesakit, famili pesakit dan unit-unit lain.
  • Hadir ke mesyuarat unit, perhimpunan di waktu pagi dan program untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Membaca dan menurunkan tanda tangan surat pekeliling, minit mesyuarat dan melaksanakan arahan pegawai atasan/ketua wad.
  • Hadir ke program anjuran hospital seperti kelab sukan, aktiviti 5S, gotong royong, akreditasi dan lain-lain.
  • Hantar dan ambil barang dari atau ke pejabat am, farmasi, makmal, rekod, stor, unit hasil, x-ray dan pejabat penyelia jururawat.

TUGAS-TUGAS KHAS

  • Tugas klinikal menurut tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di wad tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di unit tertentu tahap 3 contohnya mortuary, phsysioterapi.

Sebarang permohonan sila kemukakan di sini

7 thoughts on “Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan – Kemaskini Jun 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *