Diwaktu dunia sedang berperang dengan Wabak COVID 19.Ia menyukarkan kita untuk keluar ke mana mana dengan kawalan pengerakkan di negara masing masing.Tambah tambah pula bagi yang ingin keluar menunaikan zakat pada bulan Ramadhan.Amat mendukacitakan bila penularan wabak berlaku tatkala kita berpuasa.Akan tetapi,kemudahan secara atas talian telah membenarkan kita untuk membayar zakat .

Zakat  dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Pembayaran zakat secara online ini turut membantu mereka yang mempunyai kekangan masa yang terhad agar dapat melakukan kewajipan Kemudahan ini telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin diperluaskan kepada setiap negeri.Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat

Garis panduan Zakat Fitrah ketika Perintah Kawalan Pergerakkan

  • Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan
  • Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online)
  • Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan KADAR MINIMUM yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga
  • Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum
  • Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual
  • Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut
  • Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat
  • Kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan

Pautan Bayar Zakat mengikut Negeri

NegeriPautan
PerlisMAIPS |  SnapNPay
KedahZakat Kedah | Asnafcare | Zakat On Touch
Pulau PinangZakat Penang | GoPayZ | SnapNPay
PerakeZakat MAIAMP | GoPayZ | SnapNPay
SelangorZakat Selangor | GoPayZ | Boost | MyEG
Negeri SembilanZakat NS | ZakatN9 | SnapNPay  | JomPAY
MelakaZakat Melaka | QRPay Bank Muamalat
JohorMAIJ | SnapNPay
PahangZakat Pahang | eZakat MUIP
TerengganuMAIDAM |  SnapNPay
Kelantane-MAIK | MyMaik 
SarawakTabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay
SabahMUIS | MyEG | SnapNPay |  JomPAY
Kuala Lumpur
WP Putrajaya LogoPutrajaya
WP Labuan LogoLabuan
PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG | Pos Online

Berikut ialah senarai laman web dan aplikasi mengikut Negeri .Untuk Maklumat lanjut sila ke sini.


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


Semoga kita dan sekeluarga dirahmati Allah .Insyallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *