Doa pembuka majlis

Doa pembuka majlis adalah doa yang digalakkan untuk dibaca sebelum memulakan sesuatu acara ataupun majlis. Kita dituntut untuk selalu berdoa dan memohon hajat kepada Allah SWT. Setiap doa yang diucapkan pasti akan didengari oleh-Nya dan pasti termakbul dengan keizinan-Nya.

Lazimnya, majlis yang dimulakan dengan doa ialah seminar, bengkel, kursus ataupun mesyuarat. Malahan ,majlis harijadi, majlis perpisahan, mahupun persaraan atau apa-apa sahaja acara sama ada bersifat formal ataupun tidak formal.

Jika anda tiba tiba anda terpilih membaca doa pembuka majlis, anda ditempat yang betul

Kerana di sini Portal Jawatan.Org akan berkongsi dengan anda doa pembuka majlis sebelum memulakan apa jua acara.

Adab – Adab berdoa

  • Angkat tangan ke paras dada.
  • Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
  • Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.
  • Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah SWT dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  • Lakukan bersungguh-sungguh dari hati. Sesuatu doa hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk.
  • Gunalah bahasa yang mudah dan dapat difahami
  • Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil

Bacaan Doa Pembuka Majlis 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (Bismillahir Rahmaanir Rahiim)

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Ya Allah Ya tuhan kami.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi jabatan kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,
agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

Baca juga – Kalendar Cuti Umum Tahun 2021

Bacaan Doa Pembuka Majlis 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
(Bismillahir Rahmaanir Rahiim)

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

(Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin
Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin
Wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in)
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Dengan nama-Mu, yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama-Mu, yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama-Mu, yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama-Mu yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

Ya Allah,
Maka ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami, para guru dan saudara kami serta sekian ummat di alam ini.

Ya Rabanna,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami rafa’kan rasa syukur.
Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan hanya kepada-Mu, kami memohon pertolongan.
Maka Engkau berkati dan lancarkanlah majlis kami ini.

Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah,
dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah, apabila Engkau kehendaki.

Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu selama-lamanya.

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

(Rabbana aatinaa fid dunya hasanah
Wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar
Subha narabbika rabbi izzati amma yaasifunn
Wasalaa munn alal mursaliin
Walhamdulillahi robbil ‘alamiin)

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *