Permohonan contoh surat cuti tanpa gaji

Permohonan, Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji | Cuti tanpa gaji adalah permohonan yang dipohon oleh pekerja disesebuat syarikat atau penjawat awam yang ingin bercuti tanpa gaji. Selalunya cuti ini dipohon melebihi sebulan. Permohonan cuti ini bergantung kepada sokongan dan kuatnya alasan yang diberikan.

Permohonan contoh surat cuti tanpa gaji

Cuti tanpa gaji ini perlu mematuhi dan mengikut terma serta syarat yang ditetapkan oleh sesebuah majikan dan bagi penjawat awam perlu mematuhi mengikut pekelinling yang telah dikeluarkan.

artikal berkaitan: Permohonan Pendaftaran Tahun 1 sesi 2021/2022 Online

Ada seribu satu alasan yang diberi dan dipohon untuk bercuti tanpa gaji ini antara contohnya ialah

  • Cuti tanpa gaji disebabkan kesihatan
  • Cuti tanpa gaji sebab peribadi
  • Cuti tanpa gaji sebab mengandung
  • Cuti tanpa gaji sebab menjaga anak
  • Cuti tanpa gaji sebab sambung belajar
  • Cuti tanpa gaji sebab mengikut pasangan sambung belajar

Sebenarnya banyak lagi alasan yang munasabah dan boleh diterima pakai jikan dipohon dengan cara baik dan menigikut prosedur yang telah ditetapkan.

Cuti tanpa gaji disebabkan kesihatan

Kesihatan satu perkara yang tidak boleh main-main, ada sesetengah individu mendapat cuti yang lama berbulan-bulan kerana sakit yang dihidapi atau lepas pembedahan. Cuti panjang dan gaji masih berjalan seperti biasa, adakalanya sesetengah individu membuat permohonan dan berasa tidak perlu dibayar gaji kerana cuti untuk kesihatan. Tetapi jarang sekali ada yang cuti sakit akan memohon cuti tanpa gaji. Dalam sakit ada rezekinya.

Cuti tanpa gaji sebab peribadi

Permohonan cuti disebabkan hal peribadi seperti penceraian, isu keluarga dan banyak lagi hal-hal yang munasabah dan boleh memudaratkan.

Cuti tanpa gaji sebab mengandung

Untuk memohon cuti tanpa gaji disebakan mengadung adalah alasan munasabah juga kerana ada sesetengah isteri yang mengandung mengalami alahan yang kuat dan memudaratkan kesihatan.

Cuti tanpa gaji sebab menjaga anak

Cuti tanpa gaji untuk menjaga anak ramai isteri yang memohon dan isu ini amat popular tapi sayang tidak semua dapat kerana kepentingan dan ego individu yang tidak faham serta merasakan alasan ini tidak munasabah. Hakikatnya hal ini amat penting kerana boleh memudaratkan staf dan hubungan keluarga serta ditempat kerja terjejas.

Cuti tanpa gaji sebab sambung belajar

Bergantung kepada keperluan dan dimana anda bekerja.

Cuti tanpa gaji sebab mengikut pasangan sambung belajar

Cuti sebab ini banyak yang mohon seperti pasangan mereka seperti cikgu, pensyarah dan sebagainya.

Contoh Surat Tanpa Gaji

Ini adalah satu contoh template atau surat tanpa gaji.

<Nama staf yang memohon cuti tanpa gaji>
<Alamat pemohon>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus/pengarah,

<Nama Syarikat tempat anda bekerja>
<Alamat Syarikat tempat anda bekerja>

Tuan/Puan,

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI UNTUK …. * anda sambung dengan alasan anda *

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

Saya yang bernama<Nama anda> bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memohon dan memaklumkan kepada pihak Tuan mengenai permohonan cuti tanpa gaji bermula  <Tarikh cuti – tarikh masuk semula>

2. Untuk makluman kepada pihak tuan, saya memohon cuti tanpa gaji ini <Masukkan alasan pendek cuti tanpa gaji>

3. Permohonan saya ini juga, <panjangkan lagi kisah dan alasan kenapa mahu cuti>

4. Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Tips* Jangan buat surat tanpa gaji ini seperti surat cinta dengan memberi alasan yang panjang lebar, berilah alasan yang kukuh munasabah pendek tapi padat dan mudah difahami.

Semoga artikal yang ditulis tentang permohonan serta contoh surat tanpa gaji ini dapat memberi bayangan dan manfaat kepada anda. Semoga dipermudahkan. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *