Surat Pengesahan Majikan

Surat Pengesahan Majikan ialah surat yang mengesahkan bahawa pekerja tersebut bekerja di syarikat tertentu. Surat ini perlu memaparkan maklumat pekerja, jawatan, tempoh perkhidmatan, gaji dan sebagainya yang berkenaan.

Kebiasaannya, pengesahan ini dilakukan dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dan mungkin menjadi lebih lama bergantung pada prestasi pekerja tersebut.

Surat ini memberitahu bahawa penama sekian bekerja dibawah sebuah syarikat

Di sini Portal Jawatan.Org akan berkongsi tentang macam mana membuat surat pengesahan majikan

Sila ikuti langkah dibawah dan ubahsuai mengikut kemahuan anda.

Format 1

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 7, Blok B2, Kompleks 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA

Tuan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat ……………………………………………….. Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

Nama :
No. Kad Pengenalan :
No. Pekerja/No. Gaji :
Tarikh Mula Berkhidmat : (hh/bb/tt)
Tarikh Meletak Jawatan : (hh/bb/tt)
Jawatan :
Bahagian :
Status Jawatan : (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)
Gaji Pokok :
Gaji Pokok
(termasuk elaun) :
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama dan cop syarikat.

Format 2

PENGURUS
MEGA HOLDING SDN BHD
Poskod, Batu Pahat, Johor

Tuan,

PER : PENGESAHAN JABATAN
Nama :  Zira Bt Ahamd
No. K/P : 870516-14-XXXX

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut :

I. Telah berkhidmat selama 10 tahun.
II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2006.
III. Gaji : RMxxx
IV. Elaun Tetap : RMxxx
V. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman/ dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.

MAJIKAN

Nama :
Jawatan :
Tarikh :

Ataupun anda ingin melihat contoh surat pengesahan majikan yang berbeza seperti lampiran dibawah.

Baca juga – Permohonan, Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji

Contoh lain surat pengesahan majikan

surat pengesahan majikan
Contoh 1
surat pengesahan majikan
Contoh 2

Berita baik ! Kami akan memberikan anda akses untuk muat turun template surat pengesahan percuma.

Segala Format telah disusun .Anda cuma perlu mengubahsuai mengikut kemahuan anda.


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


Muat Turun Sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *