7000++ Jawatan kosong Pembanci & Penyelia Jabatan Perangkaan Malaysia

0 17

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan di sebagaimana berikut:

1. PENYELIA
2. PEMBANCI

Pengenalan  

Jabatan Perangkaan merupakan sebuah jabatan yang beroperasi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia yang bertujuan menguruskan data dan statistik berkenaan Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya.

Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).

Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

Syarat Memohon dan Kelayakkan

  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh.

Informasi Penting   

  • Nama Majikan:  Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Lokasi Jawatan: Pelbagai Negeri
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 Julai 2020

Bagaimana cara memohon?

Anda perlu mengisi permohonan rasmi secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA.Pemohon digalakkan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam portal sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) . Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Sila ke pautan disini untuk memohon

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.