Aeon Credit | Pinjaman Peribadi bermula Gaji RM800!

0 44

Portal Jawatan.Org akan menerangkan segala perkara yang anda perlu tahu mengenai Aeon Credit Pinjaman Peribadi sehingga bagaimana anda boleh memohon

Pinjaman Peribadi AEON Credit?

Apa penyebab yang menjadikan skim pinjaman peribadi AEON Credit terkenal adalah kerana syarat-syarat yang tidak begitu ketat dikenakan oleh pihak Aeon

Tidak seperti bank-bank yang lain .Syarat-syarat pinjaman peribadi ini memudahkan pemohon untuk meminjam.

Bahkan pada tahun 2017, syarat-syarat pinjaman peribadi AEON Credit telah dilonggarkan kepada pemohon yang perlu berpendapatan minimum RM1,000 sebulan kepada RM800.

Pengenalan Pinjaman Peribadi AEON Credit iCash

Pembiayaan peribadi AEON iCash ada berkonsepkan prinsip Bai Al Inah yang telah disahkan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh AEON.

Kelebihan-Kelebihan pinjaman ini

Terdapat beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh AEON menerusi skim pinjaman AEON iCash mereka. Antaranya ialah:

  1. Kelulusan Segera
    Kebanyakkan bank menyatakan kelulusan segera,namun ia bergantung kepada beberapa sebab seperti kelayakan pemohon, dokumen yang diberikan, dan beberapa faktor-faktor lain.Tetapi tempoh kelulusan AEON Kredit iCash cuma antara 1-3 hari bekerja.
  2. Kadar Rendah
    Pinjaman peribadi AEON iCash menawarkan kadar terendah daripada 0.8% hingga 1.5% setiap bulan. Kadar ini bergantung kepada jumlah pinjaman yang akan diluluskan.
  3. Pembiayaan sehingga RM100,000
    Dengan jumlah pinjaman serendah RM1,000 sehingga mencecah RM100,000, pinjaman peribadi AEON iCash sesuai untuk semua golongan.
  4. Tempoh Pembayaran fleksibel
    AEON iCash memberi tempoh pembayaran pinjaman yang sangat fleksibel. Anda dibenarkan memilih untuk membayar dari jumlah bulan dari 6, 9, 12, 15, 18, 24, 30, 36, 48, 60, 72 dan sehingga ke 84 bulan lamanya.
  5. Dokumen Yang Ringkas
    Sediakan dokumen yang ringkas seperti slip gaji, penyata bank, penyata EPF dan sebagainya. Rujuk keperluan dokumen lengkap di bawah.
  6. Penjamin & Pengesahan Majikan tidak diperlukan
    Pinjaman peribadi AEON iCash tidak perlukan penjamin, cagaran dan pengesahan majikan.
  7. Mendapat Kelulusan Syariah
    Oleh kerana AEON iCash adalah berasaskan konsep Bai Al Inah, pembiayaan peribadi ini lulus syariah. Tidak perlu ragu-ragu untuk memohon AEON iCash.

Baca juga – KWSP Akaun 2 – Cara keluarkan duit dari Akaun 2

Syarat-Syarat membuat pinjaman

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Gaji bersih minimum RM800 setiap bulan Gaji kasar minimum RM1,500 sebulan.
  • Pembiayaan minimum RM1,000 dan pembiayaan maksimum RM100,000.

KEMASKINI – Bermula 1 Februari 2019 AEON Credit Service telah menaikkan syarat kelayakan pendapatan bulanan minimum kepada RM1,500 sebulan (gaji kasar).

Dokumen penting yang diperlukan

PEKERJA

  • Kad pengenalan.
  • Penyata EPF(KWSP) yang dicetak di Kiosk (jika ada).
  • Slip gaji 3 bulan terkini / Slip gaji 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
  • Penyata bank 3 bulan terkini / Penyata bank 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
  • Buku bank atau penyata bank (untuk tujuan pengesahan).
  • Borang BE dan Resit pembayaran cukai (pilihan).

MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI

  • Kad pengenalan.
  • Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – ROC & ROB.
  • Penyata akaun syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Seperti yang anda lihat, dokumen-dokumen yang diperlukan sangat ringkas. Tiada dokumen untuk penjamin mahupun pengesahan majikan.

Bagaimana Untuk Memohon Pinjaman Peribadi AEON iCash?

Terdapat 3 kaedah bagaimana untuk memohon pinjaman ini antaranya –

  1. Walk in ke kaunter AEON Credit
    Segera terus ke kaunter Aeon Credit yang berdekatan di daerah anda dan terus membawa dokumen yang diperlukan bagi menyegerakan proses pemohonan.
  2. Cetak Borang Permohonan di laman web AEON Credit Malaysia
    Muat turun borang permohonan dan isi sebelum terus menghantar ke cawangan Aeon Credit.Mengisi borang terlebih dahulu dapat menjimatkan masa anda daripada beratur mendapatkan borang pemohonan di premis.Sertakan sekali dokumen penting.
  3. Mohon secara online
    Lebih mudah jika terus memohon AEON iCash Personal Financing secara online tanpa perlu berjalan masuk ke cawangan AEON.Kekurangan kaedah ini ialah anda sukar mendapatkan nasihat secara bersemuka dengan pegawai pegawai disana jika terdapat sebarang pertanyaan tentang permohonan.

Sila terus ke pautan dibawah untuk membaca lebih lanjut mengenai pinjaman Aeon Credit iCash atau terus memohon secara online.

Aeon Credit Personal Financing ICash

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.