Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Aplikasi ini bertujuan sebagai satu alat untuk mengisi dan menyimpan maklumat berkenaan murid.
Antara maklumat murid adalah, biodata peribadi murid, kehadiran murid, dan banyak lagi.
Aplikasi Pangkalan Data Murid ini juga penting tertamanya ketika mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Ini kerana data yang terdapat pada APDM perlulah ‘tally’ dengan data yang dimasukkan dalam sistem SAPS.
Selalunya, jika terdapat kesalahan dalam pengisian data, para guru perlulah menghubungi Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk membetulkan ralat yang dihadapi.
Seelepas masuk ke dalam link berkenaan, masukkan ID pengguna serta kata laluan anda. Jika anda terlupa, boleh klik lupa kata laluan yang tertera pada ruangan untuk login.
Lihat sini untuk melihat manual penggunaan data murid. KLIK sini
Semoga artikel ringkas mengenai Aplikasi Pangakalan Data Murid ini dapat membantu anda semua di dalam mengisi dan mengemaskini maklumat murid di sekolah. Jika mempunyai sebaran gkesukaran dan persoalan, boleh hubungi SUP di sekolah anda.
Soalan Berkaitan
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?
Klik link lupa kata laluan, dan anda akan menerima kembali kata laluan anda.
Bagaimana cara memadam murid?
Ikuti manual dan panduan yang kami sediakan di dalam artikel ini.
Cara untuk mengemaskini maklumat murid
Ikuti panduan yang disediakan, manual cara untuk mengemaskini maklumat murid.
Cara Login ke dalam sistem APDM.
Klik link terus ke APDM.MOE
APDM bermaksud sistem aplikasi pengkalan data murid bagi mengisi maklumat kehadiran murid secara online sepanjang tahun persekolah 2021 dan seterusnya. APDM Login KPM ini disediakan oleh KPM NKRA bagi memudahkan guru-guru di setiap sekolah untuk merekod dengan mudah.
Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda ringkasan dan info-info berkaitan dengan Aplikasi Guru ini.
APDM Login KPM Kehadiran Murid
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) adalah aspek penting yang dititik beratkan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah seluruh negara tidak kira sama ada di bandar mahupun luar bandar.
Guru akan merekod kehadiran setiap murid setiap hari persekolahan mengikut takwim persekolahan setiap tahun.
Dengan kata lain, kaedah rekod ini dapat bantu pihak pengurusan sekolah dalam membuat sebarang keputusan tepat berkaitan perancangan serta apa jua strategi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun di sekolah masing-masing.
Bagaimana cara untuk anda sebagai guru untuk log masuk APDM yang disediakan oleh kpm ini?. Anda boleh ikuti langakah dibawah jika hendak kemaskini maklumat
1. Masuk aplikasi APDM guna ID GURU melalui laman rasmi di https://apdm.moe.gov.my/ , paparan seperti dibawah akan muncul dan logmasuk seperti biasa.
2. Jika lupa katalaluan boleh ketik pada “Lupa Katalaluan” untuk reset semula.
3. Make it simple, dan selesai step kaedah apdm login.
Contoh paparan login
Ada part-part tertentu yang guru kelas tidak boleh akses, hanya admin sahaja boleh akses antara part padam data murid, tukar pengenalan diri murid bukan warga perlu maklumkan kepada admin.
Cara Memadam Murid
Jika terdapat murid yang telah berpindah keluar atau rekodnya bertindih, guru kelas boleh memadam atau buang rekod murid tersebut melalui ‘Data Murid’ seperti lampiran berikut :
Cara Kemaskini Maklumat APDM
Bagi kemaskini kini seperti senarai dibawah berikut boleh rujuk Infografik di sini.
➟ Kemaskini no KP Murid Bukan Warga
➟ Kemaskini Maklumat Adik Beradik
➟ Ralat Maklumat Murid
➟ Kemaskini Maklumat Murid
➟ Kemaskini Maklumat Bapa
➟ Kemaskini Maklumat Ibu
➟ Kemaskini Maklumat Penjaga Utama
➟ Kemaskini Maklumat Penjaga Kedua
➟ Kemaskini Maklumat Bukan Warganegara
➟ Kemaskini Maklumat Warga Tanpa Dokumen
Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Murid
Jika berlaku penukaran kelas murid yang disebabkan oleh penyusunan semula kelas, guru kelas boleh membuat kemaskini/pertukaran kelas murid melalui ‘Data Murid’ seperti lampiran berikut :
KPM-NKRA
Sistem yang cekap ini dibina oleh kementerian pendidikan malaysia (KPM) menerusi sub pembangunan negara NKRA bagi memastikan kecekapan sistem pendidikan Malaysia berada pada tahap prestasi tinggi dalam dunia teknologi masa kini.
eKehadiran
Bagi memudahkan lagi guru-guru untuk membuat keyin data kehadiran murid, Portal Rasmi ADPM KPM telah membuat satu applikasi android eKehadiran Murid boleh muat turun di play store masing-masing atau di eKehadiran Murid (Klik Sini)
FAQ Pengkalan Data Murid
Jika admin ataupun guru kelas berkaitan pengkalan data murid ini ada sebarang persoalan berkaitan sistem edaftar menengah APDM ini, anda boleh semak bahagian FAQ Pengkalan Data Murid. Segala persoalan dan jawapan telah dijawab oleh KPM.
Bagaimana Admin nak login ke sistem APDM?
Masukkan ID dan kata laluan. Kemudian login di dalam sistem yang telah disediakan.
Bagaimana nak daftar guru kelas yang baru atau tukar guru kelas sedia ada?
Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’. Tekan ‘Tambah Kelas’ dan Kemaskini.
Bagaimana cara untuk daftar kelas baru?
Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’. Tekan ‘Tambah Kelas’ dan Kemaskini.
Terlupa kata laluan APDM?
Sial hubungi Admin ADPM sekolah dan minta beliau reset semula kata laluan guru tersebut.
Jika terdapat sebarang masalah mohon berhubung dengan Pegawai Meja APDM di negeri masing-masing atau emel kepada apdm.team@moe.gov.my
Untuk maklumat anda, disebabkan pandemik ini, ibu bapa kini boleh kemaskini maklumat anak-anak di APDM ibu bapa atau penjaga. Selain itu juga, kerajaan telah seragamkan sistem ADPM PAJSK untuk kegunaan para guru.