Bantuan: Cara untuk Dapatkan Dult BarangDapur selama 3 bulan.

Kuala Lumpur: Seramai 300,000 isi rumah golongan m.iskin bandar akan diberikan b.antuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad menerusi Program PRIHATIN Kasih membabitkan peruntukan RM 100 j.uta.

Menerusi p.rogram itu, b.antuan RM 100 diberikan secara bulanan selama tiga bulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan, memaklumkan projek perintis p.rogram b.antuan itu sudah dimulakan 1 Julai lalu kepada golongan mi.skin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“PRIHATIN Kasih dengan peruntukan RM 100 j.uta ini diumumkan sebagai salah satu pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi memb.antu k.os sara hidup golongan m.iskin bandar.

“P.rogram b.antuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui penggunaan MyKad. Pemilihan penerima bantuan dilakukan dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Keb.ajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data B.antuan Prihatin Rakyat (BPR),” kata kenyataan itu.

P.rogram PRIHATIN Kasih membabitkan lebih 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

Fasa Pertama yang sudah dilaksanakan pada 1 Julai lalu di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklum balas positif daripada penerima.

Fasa selanjutnya akan dilancarkan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pada Ogos ini, sebelum dikembangkan keNegeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pada September dan Oktober depan.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima mesej SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Tengku Zafrul Umum Prihatin Kasih

Kredit :BHOnline

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*