Permohonan Online Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 JKM Tahun 2021

0 1,672

Permohonan Online Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 JKM Tahun 2021 | Berita baik kepada ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berusia 18 tahun dan kebawah. Anda kini boleh memohon bantuan kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

KADAR

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;

ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan

iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Bantuan Kanak-Kanak

TUJUAN

1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

2.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Bantuan Kanak-Kanak

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Membuat Permohonan Online / Manual Untuk Bantuan Kanak-kanak JKM

LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)

  • Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.

LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)

Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.

Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.

Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan bantuan kanak-kanak yang anda muat turun melalui pautan di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN

BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti :

  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.