Bantuan Komputer Riba Percuma Dan Pelan Data Internet Kepada Golongan B40

0 688

Bantuan Komputer Riba Percuma Dan Pelan Data Internet Kepada Golongan B40 | Seperti yang kita sedia maklum, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bantuan komputer riba dan internet percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.

Bantuan ini merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan proses pembelajaran mereka daripada rumah secara atas talian.

Bantuan Komputer Riba dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Untuk pengetahuan anda semua,para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan kerana pihak Universiti sendiri yang akan menghubungi pelajar yang layak menerima bantuan komputer riba ini.

JENIS BANTUAN YANG BAKAL DITERIMA

  1. Komputer Riba Percuma
  2. Pemberian Wang Tunai
  3. Pinjaman Komputer Riba
  4. Bantuan Kewangan Istimewa

CARA MEMOHON PELAN DATA INTERNET

Bagi permohonan ini pula,para pelajar B40 tidak perlu melakukan permohonan kerana pihak Universiti akan menghubungi secara terus para pelajar yang berkelayakan ataupun para pelajar boleh sahaja terus menghubungi pihak HEP Universiti bagi tujuan menyemak kelayakan masing-masing.

Bagi mereka yang layak, anda bakal menerima bantuan tersebut dalam bentuk kad sim. Namun, terdapat juga Universiti yang menyalurkan dan memberikan bantuan dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun bank anda yang aktif).

TAWARAN ISTIMEWA BAGI PAKEJ KOMPUTER RIBA

Bagi mereka yang ingin merasai bantuan harga laptop khas untuk para pelajar IPT, anda hanya perlu melakukan pembelian secara terus melalui online di kedai rasmi seperti di bawah ini:

Komputer Riba Acer : https://store.acer.com/en-my/promotion/students

Komputer Riba Samsung : https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store

Komputer Riba Apple : https://www.apple.com/my/education/higher-education/

TATACARA MEMOHON PAKEJ PELAN DATA INTERNET

Untuk makluman, jika anda sebagai pelajar mahu menikmati harga istimewa yang ditawarkan ini anda bolehlah terus ke kedai telco seperti Celcom, Digi ataupun Maxis di kawasan berhampiran dengan anda dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID/MATRIK Pelajar.

MAXISbantuan komputer riba

CELCOMbantuan komputer riba

DIGIbantuan komputer riba

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.