Connect with us

info

Bantuan:Ebit Lew kini memberikan bantuan dapur

Published

on

PETALING JAYA – Baru sahaja pulang ke tanah air, Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati mahu memberikan bantuan barang dapur kepada seluruh penduduk Malaysia yang memerlukan.

Ebit dalam satu hantaran di Facebooknya tadi turut meluahkan kesedihannya apabila membaca berita mengenai kes-kes bunuh diri di negara ini.

“Pohon doakan ya. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia.

“Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini,” katanya di sini hari ini.

Ebit berkata, bantuan itu juga diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama.

Dalam hantaran tersebut, Ebit turut menyertakan nombor telefon bagi mendapatkan bantuan di kawasan meliputi hampir seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu,” jelasnya.

Terdahulu, Ebit selamat tiba ke tanah air semalam selepas hampir sebulan berada di Gaza bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Difahamkan beliau kini sedang menjalani kuarantin di lokasi yang ditentukan Kementerian Kesihatan (KKM). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

selain itu juga ,pendakwah ini juga telah banyak menyumbang dalam misi nya pada musim kini.

Pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi menyentuh hati orang ramai dengan menyampaikan sumbangan barangan ubatan dan keperluan hospital sebanyak dua lori kepada beberapa buah hospital di Gaza, Palestin hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, beliau memaklumkan telah menerima senarai barangan keperluan hospital daripada Kementerian Kesihatan di sana selain daripada wakil-wakil hospital.

“Mulanya kami bermesyuarat dengan Palestin Red Crescent kemudian bersama Kementerian Kasihatan dan Pengarah Hospital Al Syifa. Mereka gembira dan sangat berterima kasih.

“Presiden Palestin Red Crescent ceritakan masa kena bom dahulu pesakit semua dibawa lari ke jalanan dan ramai yang cedera serta syahid. Hospital yang musnah kini dibina semula,” ujar beliau.

Menurut Ebit, pihaknya turut membelikan kerusi roda, mesin dialisis, ubat-ubatan serta barangan lain yang merupakan keperluan hospital.

“Sempat juga saya dapatkan nombor anak kepada Dr. Ayman yang merupakan senior di hospital Al Syifa yang syahid baru-baru ini.

“Anak itu tinggal seorang diri sahaja, keluarganya semua syahid. Allahuakbar, sedihnya,” luah beliau lagi.

Perkongsian pendakwah itu setakat pukul 3 petang tadi telah mendapat lebih daripada 1,800 komen dan 2,500 perkongsian oleh pengguna laman Facebook.

Pengguna Facebook yang tersentuh dengan perkongsian tersebut turut mendoakan keselamatan pendakwah itu walaupun berada jauh daripada pandangan.

“Ya Allah, segala bantuan yang diberi oleh  Ebit Lew walau di mana pun berada, di luar jangkaan kami, lindungilah, murahkan rezekinya agar sentiasa dapat membantu mereka yang memerlukan,” kata seorang pengguna Facebook dengan nama Fadilon Shah.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama JS Chong turut berharap agar sumbangan oleh pendakwah itu dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan.

“Semoga semua ubat-ubatan dan alat-alatan dapat membantu rakyat Palestin dan semoga segala urusan Ustaz Ebit Lew di sana berjalan lancar, walaupun saya bukan Muslim tapi tetap berdoa bagi Ustaz disana,” ujarnya.- K! ONLINE

ebit lew

 

ika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP