Connect with us

Uncategorized

BEBERAPA JENIS RAMUAN PENYAKIT KANSER

Published

on

Mereka yang tidak suka menggunakan ubat kimia kerana takut akan kesan sampingan, boleh menggunakan daun hempedu bumi yang dicampurkan dengan bahan semula jadi yang lain untuk menyembuhkan prostat.

Untuk prostat, terdapat tiga ramuan yang menggunakan bahan asas daun hempedu bumi.

1. POKOK HEMPEDU BUMI

Ubat-1
Bahan-bahan:-
– 30 gram daun hempedu bumi kering
– 30 gram pokok dukung anak kering
– 30 gram akar lalang kering

Kaedah:-
Semua dicuci, kemudian potong kecil. Rebus dalam 2.5 cawan air, tutup hingga mendidih. Selepas itu, angkat saja, tetapi jangan buka penutupnya. Setelah sejuk, tapis. Minum 1 cawan 2 kali sehari sehingga gejala hilang.

Ubat-2:
Bahan-bahan:-
– 50 gram daun hempedu bumi kering
– 25 gram kulit tembikai kering
– 50 gram daun pegaga kering
– 50 gram daun dewa kering
– 100 gram akar lalang

Bagaimana cara untuk membuat:

Sama seperti ramuan pertama.

Ubat-3:
Bahan-bahan:-
– 30 gram daun hempedu bumi kering
– 1 pokok tanaman krokot (batang, daun, dan akarnya)

Cara Membuat:

Setelah dicuci bersih, rebus dalam 2,5 gelas air selama seperempat jam. Biarkan masih dalam keadaan tertutup sampai sejuk, lalu tapis dan minum segelas 2 kali sehari hingga sembuh

2. TEMULAWAK

Temulawak berkhasiat sebagai antioksidan, antinflamasi, dan antiketumbuhan. Temulawak juga berkhasiat menghilangkan rasa sakit dan sakit kerana kanser. Ekstrak temulawak sangat dianjurkan untuk diamalkan guna mencegah penyakit hati, termasuk hepatitis B yang menjadi salah satu faktor risiko timbulnya kanser hati.

Ramuan temulawak untuk kanser hati

Bahan:-
– 10 gram temulawak
– 10 gram kunyit
– 10 gram daun hempedu bumi kering
– 10 gram temu mangga
– 10 gram pokok letup-letup kering (seluruh bagian tanaman)
– 10 gram pokok dukung anak (seluruh bagian tanaman)

Cara Membuat:-
Setelah dicuci bersih, temulawak, kunyit dan temu mangga diparut halus. Parutan tersebut dicampur dengan letup-letup, pokok dukung anak dan daun hempedu bumi, lalu direbus dengan 2 gelas air putih sampai menyusut 1,5 gelas. Setelah ditapis, ramuan diminum 1/2 gelas 3 kali sehari. Untuk mengurangi rasa pahit, tambahkan 1 sudu makan madu.

3. POKOK LIDAH BUAYA

Sementara itu, daun lidah buaya memiliki khasiat sebagai antikanser dan antiketumbuhan.

Ramuan lidah buaya
Bahan:-
Satu buah pelepah lidah buaya yang sudah tua berukuran sedang, dibuang durinya, tapi jangan buang kulitnya.

Cara Membuat:-
Potong-potong dan rebus dengan 3 gelas air hingga menyusut 1 gelas. Air rebusan lidah buaya diminum 3 kali sehari. Setiap kali hendak minum, Anda harus membuat rebusan baru.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP