SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.
Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.
Dapatan undian secara dalam talian itu melibatkan 1,207 netizen di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? pada Selasa.
‘Rating tunjukkan Muhyiddin, PN diterima majoriti’ – Wan Ahmad Fayhsal
Rating’ Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
“Kenapa PN diterima umum? Kalau kita lihat rating khususnya kepada Muhyiddin kerana majoriti orang Malaysia, khusus kalangan Melayu dan Bumiputera boleh terima kepimpinan hari ini,” kata Wan Fahysal pada sidang media hari ini.
Rakaman audio sidang media tersebut telah diberikan kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Wan Fahysal tidak menjelaskan sumber rujukan penilaian populariti Muhyiddin yang disebutnya itu.
Sehingga kini, belum ada tinjauan sahih tahap populariti yang diterbitkan bagi menilai kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Wan Fahysal berkata demikian sebagai mengulas ciapan Anggota Majlis Pimpinan Pusat Bersatu Rais Hussin di Twitter yang berkata sukar menggambarkan Armada tanpa teraju Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ini selepas Syed Saddiq, bersama Dr Mahathir Mohamad dan tiga lagi ahli telah digugurk4n keanggotaan daripada Bersatu.
Wan Fahysal, yang turut bersaing merebut jawatan ketua Pemuda Bersatu menjelaskan sumbangan Syed Saddiq tidak harus dilupakan, namun menegaskan perjuangan parti terhadap kepentingan orang Melayu lebih besar daripada apa-apa sekalipun.
Jelasnya, Armada dilihat tidak akan mengalami sebarang kesukaran untuk berkembang lebih jauh tanpa ketua pengasasnya.
Bekas pegawai ahli parlimen Muar itu menjelaskan dirinya dan Syed Saddiq tidak mempunyai sebarang sengketa peribadi.
“Antara kami, tiada yang peribadi,” katanya.
Bersatu kini berpecah kepada dua kem iaitu kumpulan penyokong yang berpihak kepada Muhyiddin dan Dr Mahathir.
Ini selepas Muhyiddin mengisytiharkan Bersatu keluar Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu untuk membentuk gabungan baru bersama Umno, BN dan PAS.
Tindakan tersebut turut membawa kepada kemelut politik selama seminggu selepas Dr Mahathir menolak cadangan tersebut.
Krisis tersebut berakhir selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri bagi kerajaan PN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
baca di sini: Era Tv
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Perdana Menteri sekarang

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903 – 1990)
Perdana Menteri Malaysia Pertama
31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970
TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (1922 – 1976)
Perdana Menteri Malaysia Kedua
22 September 1970 hingga 14 Januari 1976
TUN HUSSEIN ONN (1922 – 1990)
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925)
Perdana Menteri Malaysia Keempat
16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003
TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (1939)
Perdana Menteri Malaysia Kelima
31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009
DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (1953)
Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925)
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh
10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
TAN SRI DATO’ HAJI MAHIADDIN BIN HAJI MD YASIN (1947)
Perdana Menteri Malaysia Kelapan
1 Mac 2020 hingga kini.
Fungsi Pejabat Perdana Menteri ialah :
Menjalankan “Staff Functions” Dan Tugas-Tugas Mengenai Bidang-Bidang Tertentu Yang Diarahkan Oleh YAB Perdana Menteri
Menguruskan Rancangan Kerja Dan Pengurusan Pejabat
Menyedia Dan Menyelaras Penyediaan Ucapan, Kata-Kata Aluan Dan Lain-Lain Bentuk Penyataan Oleh YAB Perdana Menteri
Menjamin Liputan Media Massa Yang Sesuai Untuk Aktiviti-Aktiviti YAB Perdana Menteri
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE