Connect with us

Rujukan

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Published

on

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM | Setelah diumumkan bahawa anak-anak akan memulakan semester baharu pada 20 Januari 2021, ibu ayah ada yang risau tambahan pula sesetengah kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana risiko kes yang semakin meningkat.

Untuk mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.

Ianya percuma dan semua subjek ada! Jadi, senanglah kalau ibu ayah nak ajar anak di rumah dan rujuk silibus mereka untuk tahun ni walaupun ada yang tak boleh nak ke sekolah untuk ambil buku teks.

Di sini kami kongsikan perkongsian cara download buku teks digital oleh Cikgu Aida Earnani Aziz.

Cara Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Anak-anak tak ada buku teks? Ibu bapa mesti risau pasal ni kan. Sama la seperti saya.

Soalan sama saya ajukan pada suami pagi tadi. Kebanyakan sekolah tetapkan untuk pulang buku teks lama dan ambil buku teks baru bila naik sekolah 20hb nanti.

Tapi semalam nampaknya ada perubahan pada sesi pembelajaran anak-anak. Ada yang tak dapat bersemuka dengan guru (tak ke sekolah).

Malah, negeri-negeri di negara kita dah terbahagi kepada 3 kumpulan, PKP, PKPB dan PKPP. Tenang ya ibu bapa

Di sini saya sertakan link untuk ibu-ibu dapatkan buku teks tersebut.

Cara Download Buku Teks Sekolah Menengah Tingkatan 1-5

Untuk sekolah menengah, lebih mudah, ada link telegram. Ibu atau bapa hanya perlu klik channel telegram dan join untuk muat turun buku teks tersebut.

Berikut adalah link channel buku teks setiap tingkatan.

Contoh apabila anda sertai channel tersebut ada pada Gambar 1 di bawah.

Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah Tahun 1-6

Untuk sekolah rendah, boleh klik link ini. https://drive.google.com/…/1WjJIeZFZss9jkNP…/view

Langkah akan ditunjukkan pada setiap gambar-gambar di bawah (Gambar 2-5)

Klik link Google Drive dan anda akan dapat capaian seperti ini.

Ada untuk sekolah menengah juga. Pilih mengikut tahun anak anda.

Ini contoh andai anda klik pada Tahun 5.

Kotak diatas ada untuk Pendidikan Khas, SJK Tamil, SJK Cina dan SK

Ini pula paparan yang ada (jika guna phone) untuk tahun 5 Sekolah Kebangsaan.

Andai pilihan ibu bapa English Year 5, klik pada English dan paparan ini akan keluar.

Boleh download serta save. Nak print lagi mudah.

Selesai!

Mudah kan?

Jadi, dalam tempoh PKP pun ibu ayah tak ada masalah untuk mengakses buku teks anak-anak.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha kita memastikan anak-anak tetap dapat meneruskan pembelajaran mereka.

*Sumber: Aida Earnani Aziz

INFO TAMBAHAN:

Kami juga ada jumpa 2 aplikasi mobile (Mobile Apps) buku teks digital KPM yang menarik dan sangat lengkap, ringan (tak beratkan handphone), serta amat mudah diakses oleh pengguna, iaitu:

  • MyKSSM – Buku Teks Digital untuk Sekolah Menengah
  • UPSR KSSR – Buku Teks Digital untuk Sekolah Rendah

Boleh download di Google Playstore secara percuma.Buku Teks Digital

buku teks digital kpm

Semoga bermanfaat!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP