Connect with us

Info Kerjaya

Cara Mohon eBantuan JKM | Permohonan & Pendaftaran

Published

on

Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mewujudkan perkhidmatan bantuan bagi membantu meringankan beban kepada kumpulan sasar yang memerlukan? Skim bantuan ini adalah untuk membantu sesiapa yang tidak bernasib baik

Kami akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai cara memohon JKM bagi rujukan anda semua.

Objektif Program

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) demi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) bagi mengukur kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari serta mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) supaya penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Adakah anda golongan yang layak?

Segala permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kriteria serta kadar pemberian bagi bantuan kebajikan adalah seperti berikut :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK); Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC); RM400 sebulan seorang.
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); RM250 seorang sebulan.
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); RM350 sebulan seorang.
  • Bantuan Orang Tua (BOT); RM350 sebulan seorang.
  • Bantuan Am Persekutuan (BA); RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP); RM200 sebulan seorang.
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  • Tabung Bantuan Segera (TBS).

Apakah cara memohon?

a. Permohonan Secara Online/ Atas Talian

1. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM secara online di pautan berikut:

Klik di sini

b. Permohonan Secara Manual

Kepada yang ingin membuat permohonan bagi bantuan JKM, anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Bahagian dan hantar borang permohonan serta membawa dokumen sokongan seperti dibawah :

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Download Borang Permohonan

  • Klik sini untuk Borang Permohonan Bantuan JKM 18
  • Klik sini untuk Borang kemaskini Maklumat JKM 20

Makluman

Semakan boleh dibuat secara online di website : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Tekan butang “Semakan Status Permohonan Atas Talian”.

Jika ada sebarang pertanyaan, segera hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat 03 – 8000 8000.


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP