Contoh Resume TERBAIK sepanjang zaman !

0 65

Portal Jawatan.Org akan menyenaraikan pelbagai tips,format dan contoh resume terbaik untuk dicontohi .Kami juga akan memberikan anda template resume yang terbaik untuk dimuat turun.Sila teruskan membaca .

Apa itu resume?

Sebelum kita pergi lebih jauh.Tanya dahulu.Apakah sebenarnya resume? Untuk pengetahuan anda.Resume adalah satu dokumen ringkas tetapi padat yang dapat menilustrasikan profile diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman pemohon. Penyediaan resume yang kemas dan strategik sememangnya amat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

Resume lah selalu menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kesilapan dalam menulis resume adalah faktor anda ditolak mentah-­mentah

Tips

  • Sebaik-baiknya menggunakan Bahasa Inggeris kerana lazimnya ia adalah bahasa penghantar kebanyakkan syarikat
  • Pastikan resume tersebut ringkas dan simple. Pilih templates yang senang diubahsuai. Tak perlu cari resume yang font terlampau fancy sebab dikhuariti format resume sukar dibaca dan difahami majikan
  • Pastikan resume anda tepat. Tak perlu sertakan maklumat tidak berkenaan.Anda dinasihatkan menulis resume 1-2 page sahaja.
  • Kebanyakkan pakar menyarankan agar resume anda tepat dan spesifik dengan kerjaya dipohon.Tukar maklumat dalam contoh resume supaya lebih sesuai dengan anda termasuk butiran diri, pengalaman kerja dan kemahiran anda.
  • Masukkan dalam fail dan namakan supaya penemuduga tahu / kenal anda.
  • Proofread semua maklumat agar anda tidak ada sebarang kesalahan ejaan

Format dari Contoh Resume

Portal Jawatan.Org akan senaraikan apa perkara paling kritikal yang wajib ada di resume anda.

Maklumat Diri

  • Nama penuh pemohon
  • Jantina
  • Alamat
  • IC Number
  • Gambar Saiz Passport
  • No Telefon& Email
  • Status (Bujang/Berkahwin)

Objectif Kareer

Nyatakan kan objetif dan matlamat kerjaya secara general.

Latar belakang pendidikan

  • Sediakan tahap pendidikan paling tinggi diatas .Senaraikan mengikut peringkat  sebagai contoh PHD ke SPM
  • Pemohon kerja tidak perlu meletakan semua kelayakan, contohnya kalau kelayakan tertinggi pemohon ialah Master, pemohon boleh senaraikan sehingga SPM.
  • Minimum tiga kelayakan tertinggi kecuali diminta dalam vacancy yang dipohon.

Pengalaman kerja

  • Senaraikan pengalaman kerja  mengikut peringkat paling awal diatas berserta tarikh mula dan berhenti supaya majikan dapat memahami corak pengalaman kerja anda.
  • Bagi lepasan universiti ,boleh saja sertakan pengalaman sewaktu latihan industri

Aktiviti Kurrikulum

  • Sewaktu anda belajar pasti anda menyertai mana mana kelab atau persatuan .Nyatakan jika anda pernah mewakili apa jua pertandingan ataupun sekadar ahli biasa .
  • Penyertaan diluar pengajian seperti sukarelawan pun dibenarkan untuk disertakan sekali dalam resume

Skil

  • Senaraikan kemahiran yang anda ada.Contohnya kemahiran mengunakan Microsoft product seperti Word ,Powerpoint dan Excel .
  • Boleh juga senaraikan kebolehan bertutur dalam pelbagai Bahasa.
  • Dinasihatkan untuk menyenaraikan skill dan kemahiran mengikut jawatan apa yang diphon supaya dapat menguatkan peluang untuk dipanggil temuduga kerana majikan memilih calon yang berkebolehan untuk jawatan tertentu.

Anugerah

Nyatakan anugerah pernah diberi .Sebagai contohnya anugerah dekan,pelajar terbaik ,ataupun pekerja terbaik

Gaji

Bahagian ini dilihat mudah tetapi kita tidak boleh memandang ringan atau memandang remeh .Sukar untuk meletakkan nilai gaji yang diminta kerana ia memberikan impressi awal majikan terhadap calon tentang bagaimana kita menganggarkan upah kita menurut pengalaman kerja dan tahap pendidikan kita.

Tips untuk mengisi berapa nilai gaji dipohon ialah seeloknya kita wajib mengetahui pasaran gaji semasa dan berapa gaji jawatan yang dipohon.Ia akan memudahkan anda membuat anggaran.

Rujukan

  • Nyatakan sekurang kurangnya dua orang yang boleh dihubungi sebagai rujukan professional anda.
  • Lazimnya mereka adalah majikan bagi orang pernah bekerja dan bekas pensyarah bagi lepasan university.
  • Sediakan butiran mereka termasuk nombor dan email untuk dihubungi

Contoh Resume terbaik sepanjang zaman


Baca juga – Surat Rasmi Mohon Jawatan Kosong

Makluman Penting

Akhir kata, perlu diingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghantar resume tetapi anda perlu bersaing dengan ramai lagi pencari kerja yang berminat dengan jawatan yang anda mohon.

Jadi, tulislah resume dengan sebaik mungkin dan tekankan kelebihan anda dan kenapa majikan perlu memilih anda.

Template yang kami berikan pada anda, boleh diubahsuai mengikut kemahuan anda.Format tersedia adalah sangat tepat dan berdasarkan format sebenar.Anda cuma perlu memuat turun dan voila! Sila lihat di pautan dibawah.

Dapatkan Template Terbaik dari Ladang! – Download Sekarang!

Resume 1 – Download

Resume 2 – Download

Resume 3 – Download

Resume 4 – Download

Resume 5 – Download

Resume 6 – Download

Resume 7 – Download

Resume 8 – Download

Resume 9 – Download

Semoga panduan penulisan resume ini dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.