Connect with us

Info Kerjaya

Contoh surat rasmi : Format yang mesti dipatuhi

Published

on

contoh surat rasmi

Apakah surat rasmi? Surat rasmi lebih merupakan dokumen untuk urusan rasmi seperti membuat permohonan, laporan, aduan dan seumpamanya yang dituju khas kepada pihak tertentu. Disini kami sertakan contoh surat rasmi yang mungkin memudahkan anda untuk membuat salinan.

Dalam kata mudah, mood “rasmi” itu perlu dan mesti dikekalkan sepanjang penyediaan dan penulisan dokumen atau surat rasmi.

Justeru, surat jenis ini terikat dengan beberapa peraturan, format, ciri serta etika tertentu.
Mengapa surat rasmi?
Secara terperinci, surat rasmi biasanya mungkin mengandungi satu atau lebih daripada kategori berikut:

• Surat permohonan. Contohnya permohonan kerja atau bantuan kebajikan.
• Surat jemputan. Contohnya jemputan menghadiri majlis atau mesyuarat.
• Surat makluman. Contohnya makluman mengenai penutupan jalan utama.
• Surat rayuan. Contohnya rayuan kepada pihak berkuasa.
• Surat bantahan. Contohnya surat bantahan jualan arak secara terbuka.
• Surat aduan. Contoh aduan kepada pihak berkausa mengenai sesuatu isu.
• Surat tempahan atau pesanan. Contohnya tempahan dewan orang ramai.
Bagaimana surat rasmi patut ditulis?
Menulis surat rasmi tentu tidak sama berbanding menulis surat biasa atau surat santai.

Muat turun : Contoh surat rasmi

Ada format dan ciri tersendiri yang perlu dipatuhi ketika menulis sesuatu surat.

Antaranya termasuklah dari segi tanda baca, penggunaan huruf besar dan huruf kecil serta struktur perenggan serta ayat.

Selain itu, surat rasmi mestilah ditulis dalam bahasa menepati maksud dan tujuan serta tidak meleret-leret; jauh sekali menggunakan bahasa bombastik yang sukar difahami.

Surat rasmi juga mesti tidak mengandungi makna yang pelbagai atau maksud yang mungkin dapat ditafsirkan dalam pelbagai cara.

Penulis surat rasmi juga perlu menggunakan bahasa paling tepat, mudah dan kemas. Elakkan menulis ayat panjang atau menggunakan bahasa kiasan atau peribahasa.

Dalam urusan biasa, semua ciri ini sangat penting untuk memudahkan pemahaman dan komunikasi.

Dalam konteks pendidikan pula, semua piawai surat rasmi sangat perlu dipatuhi untuk menjamin perolehan markah tinggi dalam sesuatu peperiksaan diduduki pelajar.
Apakah struktur yang perlu ada di dalam surat rasmi?
Surat rasmi sepatutnya dibina menggunakan struktur dan elemen tertentu.

Antaranya ia sepatutnya mengandungi elemen dan struktur berikut.
• Nombor rujukan surat
• Tarikh
• Nama dan alamat pengirim surat
• Nama dan alamat penerima atau sasaran surat
• Tajuk atau perkara atau tujuan surat
• Perenggan satu – aluan atau pengenalan ringkas
• Perenggan dua – tujuan atau penjelasan maksud surat dikirim
• Perenggan tiga – memohon tindakan atau kerjasama penerima surat
• Perenggan empat – penghargaan dan terimakasih.
• Tandatangan dan nama pengirim surat atau wakilnya.

contoh surat berhenti kerja

Contoh sebenar surat rasmi

Berikut ialah cara menulis surat rasmi.

Ruj Tuan :
Ruj Kami : KMMB/19112019
Taikh : 19 November 2019

Ab Azwan Bin Mohamed
Lot 3021, Kg Lata Sepura
16050 Bachok, Kelantan

Setiausaha
Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
17-3-1, Tingkat 3, Blok A, Jalan Semarak Api 1
Pusat Perniagaan Diamond Square, Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur

Tuan / Puan,
PERMOHONAN BERHENTI MENJADI AHLI
KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD
No Anggota : 06196
No Kad Pengenalan : 234567-03-5678 (2433569)
Tarikh Daftar : 23 September 1999

Merujuk perkara di atas, saya Ab Azwan Bin Mohamed (No Anggota: 06196 / No Kad Pengenalan: 234567-03-5678) memohon untuk berhenti menjadi ahli Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB).

  1. Diharap mendapat kelulusan segera pihak tuan / puan.
  2. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat koperasi selama ini.

Sekian.


Yang benar,

…………………………….
Ab Azwan Bin Mohamed
Tel: 0123456789

Permohonan dapatkan Zakat


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP