Pekerja yang bekerja di Malaysia dilindungi beberapa akta demi menjaga hak kebajikan mereka.Rakyat perlu tahu apa hak mereka untuk dituntut agar tidak dipergunakan oleh majikan sewenang wenangnya.
BAYANGKAN, satu hari anda terkena simptom demam, dan pergi ke hospital untuk menjalani saringan Tapi apa kan daya,keputusan ujian mendapati anda disahkan positif COVID-19!
Jadi apa perlu anda buat ?
Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah memuat naik satu kenyataan rasmi mengenai tuntutan hak pekerja kepada majikan sekiranya disahkan dijangkiti COVID-19.
KSM menggesa pekerja dan majikan mengguna pakai seksyen-seksyen di dalam Akta Kerja 1955 susulan daripada penularan wabak COVID-19.
Antara seksyen yang boleh digunapakai adalah Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B).
Seksyen 60F – Akta Kerja 1955
- Jalani pemeriksaan kesihatan
- Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji (tanpa hospitalisasi)
- Cuti sakit bergaji
- Arahan kuarantin
Seksyen 60E (1B)
Manakala bagi seksyen ini, beberapa perkara perlu difokuskan;
- Jika perlu dikuarantin, majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk bercuti menggunakan cuti tahunan kerana cuti tahunan adalah hak pekerja
- Majikan juga tidak boleh melarang pekerja datang bekerja tanpa perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar
Majikan digalakkan mengambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan dari memberhentikan pekerja
- had kerja lebih masa
- kurang bilangan hari bekerja dalam seminggu
- kurang waktu bekerja harian
- laksana pemberhentian kerja sementara (lay-off)
- kurang gaji pekerja (pay-cut) secara adil – ini langkah terakhir
KSM menyeru kepada semua majikan agar mengenal pasti sama ada terdapat pekerja mereka yang menghadiri mana-mana perhimpunan Ijtima’ Tabligh dan perhimpunan keagamaan di Pulau Pinang.
Sekiranya ada, kerjasama pihak majikan dipohon agar mengarahkan pekerja berkenaan untuk mengisytiharkan diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan nasihat serta tindakan lanjut.
Sumber
RESUME PERCUMA
Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.