PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 pecah rekod lagi selepas mencatatkan 9,353 kes hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 827,191 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mendahului negeri lain dengan 4,277 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,398 kes dan Melaka sebanyak 835 kes.
“Negeri Sembilan pula (638 kes), Johor (399 kes), Kedah (364 kes), Sarawak (352 kes), Sabah (251 kes), Pahang (247 kes), Pulau Pinang (180 kes) dan Perak (145 kes).
“Selebihnya, Kelantan (89 kes), Labuan (85 kes), Terengganu (50 kes), Putrajaya (39 kes) dan Perlis (empat kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.
Kita tahu sebab kenapa kes naik.Sebab Jabatan Kesihatan negeri Selangor tukar Strategi untuk COVID19.
Dulu swabtest COVID19 hanya di lakukan kepada mereka yang punyai simpton dan juga contact rapat.
Sekarang apa mereka buat :
A. kenalpasti kawasan hotspot dan punca jangkitan,
B.kepung dengan cara PKPD,
C. Jalankan Swabtest COVID19 kepada semua penduduk di kawasan tersebut tak kira siapa.
D. Asingkan penduduk sihat dan di jangkiti.
E. Vaksin penduduk di kawasan tersebut.
Bila cara ini di lakukan sudah tentu kes meningkat mendadak sebab anggaran kes sebenar COVID19 setiap hari di Malaysia ialah 20,000 hingga 35,000 kes setiap hari.
Kesan strategi ini kita akan lihat dalam tempoh dua minggu,
A. kes akan turun mendadak, di sebabkan kawalan yang ketat.
B. Mereka yang sudah di vaksin hanya akan jadi pembawa virus sahaja dan berada dalam kategori kurang berisiko tinggi.
C. Kita akan lihat kejayaan yang lebih baik kawalan penyakit COVID.
Boleh lihat di ruangan komen, video Penerangan Dato’ Indera Dr. Shaari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Usah kalut-kalut.. Kita kena percaya kepada Pakar-pakar kita yang sedang berhempas pulas berfikir dan berkerja demi melawan COVID19.
Sekian Terima kasih.
Hj Wan HIlmi
VCEE19
Sumber :
Covid-19
Sabah merekodkan satu kluster baharu pada Jumaat iaitu Kluster Sawit Segama di Lahad Datu berpunca daripada kes indeks seorang wanita warganegara Indonesia yang memasuki negeri berkenaan pada 25 Jun lepas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata wanita berusia 48 tahun itu dikesan positif Selasa lepas hasil ujian saringan di sebuah klinik swasta, selepas mempunyai simptom batuk dan sakit tekak tiga hari sebelumnya.
Menurutnya, wanita berkenaan yang tiba bersama dua cucunya sebelum itu telah diarah menjalani kuarantin di sebuah ladang sebelum dibenarkan kembali bekerja.
Susulan penemuan kes positif itu, Masidi dalam satu kenyataan berkata pengesanan kes secara aktif dan saringan telah dijalankan terhadap 64 kontak dan mendapati 14 lagi individu disahkan positif sementara 49 negatif untuk saringan pertama.
“Semua kes positif dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Lahad Datu, manakala semua kontak rapat juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu,” katanya.
Secara keseluruhan, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri itu pada Jumaat adalah sebanyak 323 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,791 kes, manakala 230 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif seramai 68,969 orang.
Selain itu juga.Polis Melaka menyiasat syarikat agensi pekerja asing beralamat di Petaling Jaya, Selangor yang didapati membawa masuk 79 pekerja asing ke negeri ini, dan gagal membuat saringan ujian Covid-19.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pada 1 Julai lalu, kira-kira 8.30 pagi pihaknya menerima laporan terdapat 51 kes positif Covid-19 membabitkan pekerja asing itu di sebuah kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh.
“Hasil siasatan mendapati kesemua mereka dibawa masuk bekerja di kilang itu oleh syarikat berkenaan tanpa menjalani saringan seperti mana peraturan yang ditetapkan.
“Pihak pengurusan syarikat dan ejen pekerja asing itu akan dipanggil untuk membantu siasatan manakala 51 pekerja berkenaan kini diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Hotel Imperial Heritage,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Abdul Majid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana dengan niat jahat untuk merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa dan juga Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Katanya, sekiranya didapati bersalah syarikat itu boleh disabitkan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan di bawah Peraturan 13 (1) PPDPP Pelan Pemulihan Negara 2021 dan boleh dikompaun sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
KITA JAGA KITA,SAYANGILAH KELUARGA ANDA.KELUAR RUMAH BILA PERLU SAHAJA. INI KERANA KES COVID-19 DI NEGARA KITA SEKARANG MASIH DI TAHAP YANG TINGGI DAN MEMBIMBANGKAN.OLEH ITU, PASTIKAN KITA SEMUA JAGA JARAK,JAGA SOP ,DAN KITA JAGA KITA KERANA IA SATU PESANAN DARI KERAJAAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA .
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE