Connect with us

Pengetahuan Am

Daftar Pengundi & Kemaskini Alamat Mengundi Online Menggunakan MySPR Daftar

Published

on

Daftar Pengundi & Kemaskini Alamat Mengundi Online Menggunakan MySPR Daftar

Daftar Pengundi & Kemaskini Alamat Mengundi Online Menggunakan MySPR Daftar | Jika anda pengundi baru dan mahu membuat pertukaran alamat kawasan mengundi , kini semuanya boleh perkara tersebut boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah dan pantas secara atas talian.

Setiap warganegara yang layak mempunyai hak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Sebelum seseorang itu dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, oleh itu anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih atau pengundi berdaftar.

MySPR Daftar : SISTEM PENDAFTARAN

Sebagai maklumat umum, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

pengundi

SPR melaksanakan dua pendaftaran pemilih / pengundi iaitu:

1. Pendaftaran Baru

  • pendaftaran individu pemilih atau pengundi buat pertama kali.

2. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya

  • permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru.
  • Sekiranya seorang pengundi berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

SYARAT KELAYAKAN SEORANG PEMILIH ATAU PENGUNDI

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

CARA DAFTAR MENGUNDI DI PORTAL MySPR DAFTAR

SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan semua rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi @ pemilih secara online.

Pemohon juga boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan mengikuti 3 langkah mudah yang akan dikongsikan.

MYSPR DAFTAR: LANGKAH DAFTAR PENGUNDI ONLINE

LANGKAH PERTAMA : PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA

  1. Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
  2. Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
  3. Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
  4. Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan
  1. Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
  2. Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
  3. Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
  4. Sebaik disahkan benar dan tepat, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.

LANGKAH KEDUA : PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA

  1. Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login https://mysprdaftar.spr.gov.my/
  2. Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
  3. Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

LANGKAH KETIGA : ISI BORANG A

  1. Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
  2. Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
  3. Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH / PENGUNDI ONLINE

  • Masuk ke pautan https://pengundi.spr.gov.my/
  • Isikan nombor kad pengenalan anda dan kod Captcha yang dipaparkan.
  • Sila Tekan butang ‘Semak’.
  • Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan mula dipaparkan dengan terperinci.
  • Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan pada masa akan datang.

CARA ONLINE MEMOHON PERTUKARAN ALAMAT TEMPAT MENGUNDI

  1. Login portal MySPR Daftar (jika tiada akaun sebagai pengguna, sila daftar terlebih dahulu mengikut yang dikongsikan di atas)
  2. Klik menu ‘Status Saya’.
  3. Tekan butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)”
  4. Klik ‘Contoh Alamat’ untuk melihat cara pengisian alamat
  5. Buat pengesahan untuk alamat baharu yang telah dikemaskini.
  6. Hantar permohonan dan tekan butang ‘Mohon TAC’ dan tunggu.
  7. Sistem akan menghantar SMS nombor TAC ke telefon bimbit yang aktif.
  8. Sila masukkan nombor TAC dan tekan butang ‘Hantar’
  9. Selepas selesai, sistem akan membuat verifikasi dan paparan pada ‘Status Saya’ akan dikemaskini.

Maklumat Lanjut MySPR Daftar

Untuk maklumat lanjut tentang MySPR Daftar sila hubungi hotline SPR di

No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

ATAU

Ajukan soalan melalui sistem aduan di

http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP