Doa & Ayat-Ayat Syifa Untuk Anak Sakit. Alternatif Selain Makan Ubat

0 20

Bila anak tak sihat, selain dapatkan rawatan doktor, ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al-Quran juga antara yang boleh membantu.

Kadang kita terlupa bahawa yang menyembuhkan adalah Allah. Jika masih belum baik mintalah bersungguh-sungguh dengannya.

Berikut perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai cara yang dilakukannya merawat batuk anak dengan doa dan ayat-ayat syifa penyembuhan. Moga dapat membantu semua ibu-ibu.

Awal bulan haritu, Fydh kena demam selesema & batuk lagi.. Batuk kali ni jenis yang kering tekak & gatal. Bila tekak terasa kering & gatal, mulalah terbatuk² non stop. Bila minum air masak, kuranglah sikit tapi tak lama lepas tu akan terbatuk² lagi.

Masa tu teruk sangat batuk dak Fydh ni, dalam 5 minit sekali mesti akan terbatuk². Bila kerap sangat batuk, tekak dia jadi luka. Sepanjang hari asyik menangis & meragam.

Walaupun dah gi klinik, dah makan ubat, sapu balm & minyak bawang putih, layurkan daun sirih, buat urutan percussion & refleksologi, bagi minum air madu.. batuknya tetap non stop.. Sejak Fydh bayi, tak pernah sekali pun keadaan batuk dia tak kurang lepas gunakan daun sirih & buat urutan. Tapi hari tu, semua cara kurang berkesan.. Mati akal dibuatnya..

Kemudian barulah saya teringat.. Sejak dari awal urut, letak segala ubat sepanjang hari tu.. saya langsung tak baca basmallah..Langsung tak baca doa² & ayat² syifa’ yang saya selalu amalkan sebelum ni.. Sebabkan terlalu kalut, saya terlupa nak berdoa & minta pertolongan Allah! Seolah² saya lupa yang menyembuhkan tu adalah Allah.. Seolah² tak percaya ubat & urutan semua tu berkesan hanyalah dengan izin Allah!

Saya berdoa bersungguh² minta Allah permudahkan urusan & diberi kesembuhan, baca doa² syifa’ & tawakal.. Andainya tak kurang gak, memang nak bawak anak terus ke hospital je (memandangkan dah lewat malam & klinik pun dah tutup). Sebagai percubaan terakhir, saya layurkan daun sirih dalam pan berisi minyak bawang putih (campuran daun salam untuk bantu masalah berkaitan pernafasan). Kemudian urutkan bahagian dada, belakang serta tapak kaki anak sambil berdoa & baca ayat² syifa’ selama urut tu..

Tak lama lepas sapukan minyak & urut, alhamdulillah dengan izin Allah.. Batuk Fydh beransur kurang.. Malam tu dia boleh tidur lena & hanya sekali jer terbatuk ditengah malam. Syukur alhamdulillah, ya Allah..

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.