Kerajaan telah memperluaskan elaun mencari pekerjaan kepada individu terkesan dengan pandemik Covid-19 dan PKP bagi mereka yang tidak mencarum dengan PERKESO.
Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk membantu pekerja yang mencarum dengan PERKESO dan kehilangan pekerjaan meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu.
Kini, bantuan segera ini turut diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
Dalam pengumuman pakej PEMULIH, Perdana Menteri memaklumkan;
“Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit”
Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021
Syarat Kelayakan
Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
Golongan yang menganggur.
Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.
Menghadiri temu duga anjuran PERKESO.
Jumlah Elaun Yang Dibayar
Pencari kerja juga perlu menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian bagi melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan.
Sekiranya pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan kepada mereka.
Jadual di bawah menggambarkan tentang elaun yang dibayar;
Cara Pendaftaran
Bagi melayakkan anda menerima bantuan ini, anda perlu mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO.