Format Surat Rasmi berserta Contoh

0 37

Format Surat Rasmi berserta Contoh | Sebelum anda baca lagi terperinci tahukah anda apa itu surat rasmi? Surat rasmi ialah surat yang ditulis atas dasar urusan rasmi seperti urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Sebagai contohnya surat rayuan permohonan, surat tidak hadir ke sekolah, surat arahan dan sebagainya. Adakah anda tahu format surat rasmi seperti mana? Surat rasmi tidak sama seperti surat cinta,surat biasa.

artikal berkaitan: Permohonan Pendaftaran Tahun 1 sesi 2021/2022 Online

Isi Surat Rasmi Wajib Ada

Isi-isi yang perlu dan wajib ada dalam setiap surat kiriman rasmi ialah seperti ;

  • Alamat pengirim
  • Alamat penerima
  • tarikh surat
  • Perkara 
  • Isi surat
  • kata terima kasih
  • Tanda tangan.

Sebagai contoh lihat gambar di bawah ini.

Kebanyakan surat kiriman rasmi atau surat rasmi digunakan dalam agensi kerajaan seperti surat arahan, surat tunjuk sebab dan sebagainya.

Ingat surat rasmi berbeza dengan surat biasa.

Teknik Penulisan untuk Surat Rasmi
Bagi mengarang surat rasmi pastikan anda mengunakan format dan teknik yang betul :

  1. Sila elakkan kesalahan ejaan yang mudah
  2. Guna ejaan yang betul huruf besar,kecil tanda dan sebagainya
  3. biasakan gunakan bahasa yang senang difahami dan mudah
  4. tolong elakkan dari menulis bahasa pujangga,pribahasa dan kiasan.

Salah Satu Contoh Surat Kiriman Rasmi


Di bawah ini kami kongsikan contoh penulisan surat kiriman rasmi tentang tidak hadir ke sekolah


==============================
Kamis Bin Jumaat,
Blok A 1-1-2, Aparment Cempaka, Jalan Lurus,
43300, Seri Kembangan,
Selangor
____________________________________________________________
Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Serdang,45300, Sabak Bernam,
43300, Seri Kembangan.                                                                    8 Jun 2020 Selangor.


Tuan,


Anak Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Pada 10 Jun 2020

Merujuk Perkara diatas, anak jagaan saya bernama Sabtu Bin Khamis kelas 1 Dahlia tidak dapat hadir ke sekalah pada tarikh 10 Jun 2020.

2. Pada hari tersebut anak dibawah jagaan saya ada temujanji dengan doktor gigi di klik kesihatan.

3. Saya berharap, pihak sekolah dapat membenarkan anak saya untuk cuti dan membuat temujanji pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

—————————————-

(Khamis Bin Jumaat)


Semoga perkongsian kali ini tentang format berserta contoh surat rasmi mencerahkan bagaimana untuk mengarang surat rasmi yang baik dan sempurna. Terima kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.