Connect with us

Isu Semasa

i-Citra: Cara permohonan pengeluaran i-Citra mulai esok boleh pohon

Published

on

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula esok melalui icitra.kwsp.gov.my, tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KWSP, bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2,” katanya.

Menurutnya, jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

“Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021,”katanya.

Jelasnya, pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Baca juga…  Pemuda UMNO kemuka lima cadangan perbaiki skim i-Citra

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan i-Citra serta cara-cara membuat  permohonan, ahli boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP, di laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi di talian hotline i-Citra di 03-8922-4848.

baca lagi: Edisi 9

Apa itu i-Citra?

i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut Perdana Menteri, seramai 12.6 Juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini

Terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari bagi pengeluaran akaun 2 KWSP dan juga i-Sinar bagi pengeluaran akaun 2 KWSP. Bagi i-Citra ini pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah:

Permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi portal i-Citra seperti pautan yang dikongsikan di bawah mulai 12 Julai 2021. Kadar pengeluaran dan kaedah bayaran juga akan dinyatakan lanjut. Bayaran Pertama pula dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021

Permohonan i-Citra Pengeluaran KWSP & Semakan Status

TERKINI: Permohonan i-Citra Diawalkan Mulai 12 Julai 2021

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai permohonan pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar:

Kadar Pengeluaran

  • Maksimum RM5,000 
    *Tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 & Akaun 2
  • Akan dibayar untuk tempoh sehingga 5 bulan 
  • Dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (sekiranya ada)

Syarat Kelayakan

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuklah bukan warganegara dan pemastautin tetap
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya minimum RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
  3. Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak memohon namun tertakluk pada syarat kelayakan 1 & 2 seperti di atas
  4. Anggota Perkhidmatan Awam. *Berkemungkinan akan berdepan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak

Tarikh Permohonan

  • Dibuka: Mulai 15 Julai 2021  Diawalkan mulai 12 Julai 2021
  • Ditutup: 30 September 2021

i-Citra

Cara Mohon i-Citra

1. Permohonan hanya secara online

Langkah untuk membuat permohonan akan dikemaskini setelah diumumkan KWSP

NOTA: Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah memastikan nombor telefon bimbit telah dikemas kini bagi menerima TAC Code dan akaun bank peribadi aktif.

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, pengeluaran i-Citra akan menggunakan simpanan Akaun 2 terlebih dahulu, sekiranya tidak cukup barulah menggunakan baki simpanan Akaun 1. Contoh adalah seperti berikut:

Pencarum KWSP boleh menyemak baki simpanan melalui 3 cara iaitu:

1. i Akaun (Ahli)

Rujuk panduan: Cara Daftar i-Akaun KWSP

2. Aplikasi Mudah Alih i-Akaun

3. Kios KWSP (Termasuk kiosk di premis pihak ketiga)

Rujuk Panduan: Cara Semak Lokasi Kiosk KWSP 

Tarikh Bayaran

Menurut KWSP, bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai iaitu bulan pertama permohonan dibuka, bayaran akan bermula:

  • Ogos 2021

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut:

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP