Suri rumah kini boleh memilih caruman KWSP melalui insentif khas baru kami di bawah i-Suri. i-Suri disediakan khas untuk memastikan kesejahteraan suri rumah dan mengakui sumbangan anda kepada keluarga anda dan pembangunan negara.
INSENTIF ISURI KWSP
Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada Ogos 2018 dan telah mula berkuatkuasa pada tahun tersebut yang dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Skim ini adalah skim bantuan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti penceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.
FAEDAH I-SURI
Antara faedah bantuan i-Suri ini adalah:
Terima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 * pada tahun 2018, dan RM480 setahun pada tahun berikutnya
Beri sumbangan mengikut masa dan masa anda sendiri kemampuan kewangan anda sendiri dan masih boleh membuat pengeluaran tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan.
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri:
Warganegara Malaysia
Berumur di bawah 60 tahun
Isteri Ketua Rumah Tangga (KKM) / KKM Perempuan
Suri rumah yang berdaftar di Pangkalan Data Nasional Kemiskinan (eKasih) pada 30 November 2019
Mesti menyumbang minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP anda
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?
Individu yang boleh mencarum adalah:
Suami kepada pasangan yang layak
Suri rumah (isteri)
KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:
Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP?
Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.
Pembayaran akan dikreditkan seperti berikut:
Online transfer
Maybank
Public Bank
RHB Bank
Bank Muamalat
Tunai /Cek
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank
Kaunter KWSP
Wang tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP di ibu negeri termasuk KWSP Mua
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih. Pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.
Untuk membuat pendaftaran, beberapa dokumen diperlukan iaitu:
RESUME PERCUMA
Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.
MyKad
Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)