Ibubapanya menghantar anak ini ke pulau terpencil,gara-gara kerana

Sepasang suami isteri di China sanggup membawa anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun ke sebuah pulau terpencil, untuk memberi pengajaran kepada anak tersebut yang didakwa suka melawan cakap mereka.

Lapor Oddity Central pada 12 Julai 2021, polis di bandar Weihai berkata, pihaknya dimaklumkan oleh sekumpulan nelayan mengenai kehadiran seorang remaja perempuan di pulau tersebut kira-kira satu kilometer dari tanah besar.

Menurut polis, remaja itu mendekati nelayan tersebut dengan mendakwa ibu bapanya telah memaksa dan membawanya ke pulau itu, dan memohon mereka untuk membawanya ke pantai (tanah besar).

Remaja itu juga mendakwa telah merayu beberapa kali kepada ibu bapanya untuk membawanya pulang semula ke pantai. Jelas polis, selepas tiba di pulau itu, mereka menemukan remaja tersebut bersama ibu bapanya.

anak

Menurut polis, pihaknya mendapati ibu bapa membawa remaja tersebut ke pulau terpencil kerana mahu mendidik anak mereka mengenai kesukaran hidup.

“Ibu bapa remaja itu menyatakan anak perempuan mereka mempunyai tabiat suka melawan, mudah marah, enggan mematuhi arah dan tidak mahu pergi ke sekolah.

“Sudah banyak kali ibu bapanya cuba menasihati remaja perempuan itu tetapi dia tetap degil. Mereka merasakan anaknya mensia-siakan kehidupannya. Jadi, mereka terpaksa mengambil langkah drastik dengan melakukan demikian,” kata polis berkenaan.

Ibu bapa remaja itu pada awalnya enggan meninggalkan pulau tersebut dengan alasan bahawa mereka telah bersedia dengan bekalan yang diperlukan, dan menegaskan bahawa mereka mahu meneruskan pelan mendidik anak mereka disitu.

Ketika mereka berada di pulau itu, ayahnya mengakui kagum terhadap anak perempuannya yang mula berkomunikasi dengan nelayan yang singgah di pulau tersebut. Katanya, ketika mula-mula datang di pulau itu anaknya jarang bercakap pada mereka, apalagi orang lain.

Tindakan 3 beranak tinggal di pulau ini selepas mendapat khidmat pakar ‘survival’ yang bersetuju untuk menemani mereka di pulau tersebut. Bagaimanapun, polis yang datang di pulau itu berjaya memujuk keluarga berkenaan dan menghantar mereka pulang ke tanah besar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*