Shah Alam: Video tular puluhan pekerja lari lintang pukang sehingga ada yang terjatuh serta memanjat pagar bukan kerana lari daripada pihak berkuasa yang membuat serbuan atau operasi.
Sebaliknya, syarikat kurier di Persiaran Jublee Seksyen 22 itu mengalami bunyi penggera kebakaran palsu ketika proses pemeriksaan sistem pendawaian di dalam bangunan syarikat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku hari ini sekitar jam 4.30 hingga 5 petang tadi.
“Kejadian viral dalam video yang menunjukkan ramai pekerja lompat pagar lari dari syarikat itu bukan kerana operasi atau apa-apa serbuan mana mana pasukan penguatkuasa.
“Ketua keselamatan syarikat berkenaan memaklumkan berlakunya penggera kebakaran palsu dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian.
“Dan bunyi itu menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar kerana bimbang ada kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baharudin berkata, siasatan juga mendapati syarikat berkenaan masih baru beroperasi kira-kira sebulan lalu.
“Memandangkan syarikat baru beroperasi, ramai pekerja dan pihak pengurusan belum didedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti assembly area (tempat berhimpun) dan mengosongkan bangunan (evacuatian plan),” katanya.
Beliau juga mengesahkan tiada sebarang operasi dijalankan di syarikat berkenaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana mana agensi.
sumber:hmetro
baca lagi:
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE