Ini Ucapan Dari TMJ Selepas Ayah Ustaz EbitLew MenlnggalDunia,Al Fatihah..

Kalau sebelum ini pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi berita mengenai tahap kes.ihatan ayahnya yang kurang memuaskan kerana mengalami k.anser perut stage akhir dan terpaksa dimasukkan di wad untuk pemantauan.

Kongsi Ustaz Ebit Lew di akaun instagramnya setelah mendapat perkhabaran bapanya mening.gal dunia.

Bapa kepada pendakwah bebas dan juga dermawan yang amat dikenali, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew mening.gal dunia sebentar tadi.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Ebit meluahkan rasa sedihnya dan dalam masa yang sama menjelaskan bahawa j.enazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan bakal di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi serta dik.afankan.

Terang Ustaz Ebit lagi, j.enazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!”

Ini perkongsiannya: Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja mening.gal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapa pergi dulu.

Nanti Ebit sampai ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana.

Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayah ku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk ku.

Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa j.enazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah.

Minta Doakan Bapanya

Sebelum itu, Ustaz Ebit memohon orang ramai untuk mendoakan kes.ihatan bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang sedang s.akit a.kibat p.enyakit k.anser perut tahap akhir.

Pada ketika itu Ustaz Ebit berkongsi tentang keadaan ayahnya semakin k.ritikal dan menanti hari kerana k.anser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.

Namun begitu, arwah bapanya sempat berpesan supaya Ustaz Ebit meneruskan kerja dakwah dan misi b.antuan kepada mereka yang memerlukan.

Rata-rata ramai follower Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.

Ucapan Dari TMJ Buat Ayah Ustaz

Malah, berita pemergian ini turut mendapat respon dari Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail yang sempat menitipkan ucapan takziah buat keluarga Ustaz Ebit Lew.

Al Fatihah

Kredit : MW

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*