Connect with us

info

Jangan Terlepas Dengan Bantuan Khas COVID-19 ,Perlu anda tahu

Published

on

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi. ini juga dapat membantu isi rumah walaupun tidak tinggi nilainya.
Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta.
selain itu juga,Seramai 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang bakal menikmati Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan disalurkan mulai Ogos ini.Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi isi rumah kategori miskin tegar bakal terima bantuan RM500 pada Ogos, dan RM500 lagi pada November manakala RM300 pada Disember.

“Sementara, individu bujang kategori miskin tegar akan menerima RM100 pada Ogos dan RM300 pada November.

“Bagi isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember,” katanya pada Pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan RM4.6 bilion, hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi kategori bujang M40 bakal menerima bantuan RM200 pada Ogos dan isi rumah kategori M40 akan menikmati bantuan RM250 manakala bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos ini tidak lama lagi.

selain itu juga, terdapat bantuan lain.Seramai 510 waris sudah menerima Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 membabitkan pembayaran berjumlah RM2.17 juta setakat 1 Jun lalu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, bayaran itu adalah daripada 630 permohonan yang diterima setakat ini yang telah diluluskan.

“Bantuan ini diberikan kepada waris selepas NADMA menerima dan memproses permohonan serta mendapat pengesahan data kematian daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC),” kata jurucakap NADMA ketika dihubungi BH tempoh lalu.

Katanya, Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 adalah bantuan sekali bayar sehingga kadar maksimum RM5,000 diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan itu antaranya adalah kematian warganegara berkaitan COVID-19 hanya disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Hanya seorang waris yang layak menerima bantuan khas itu dan jika terdapat lebih satu permohonan daripada waris, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama.

“Jika dibandingkan data KKM, lebih 3,000 kematian dilaporkan setakat ini. Mungkin waris mengambil sedikit masa untuk mengumpul segala dokumen diperlukan untuk menghantar permohonan terbabit,” katanya.

Sementara itu, NADMA memaklumkan seramai 13,447 individu yang terkesan kerana menjalani kuarantin sudah menerima Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari setakat ini.

Bantuan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM18.19 juta bagi bantuan ini.

Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu, bantuan khas terbabit khusus bagi warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak COVID-19 mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Bantuan itu turut diberikan kepada warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital akibat COVID-19.

Tabung COVID-19 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac tahun lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas akibat wabak itu.

Tabung terbabit dikendalikan oleh NADMA.

sumber:hmetro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP