Jawatan Kosong Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK

0 38

Berminat untuk jadi anggota Agensi Antidadah Kebangsaan AADK? Berita baik untuk anda yang sedang mencari pekerjaan.

Tahu tak anda?AADK telah membuka peluang pekerjaan buat seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk bina kerja dengan AADK .Pekerjaan ini terbuka sama ada untuk lelaki mahupun perempuan

Jawatan yang boleh dipohon:

  1. Pembantu Antidadah S19
  2. Penolong Pegawai Antidadah S29
  3. Pegawai Antidadah S41

Anda perlu mengisi permohonan rasmi secara online melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)

Skop Kerja Anggota AADK

Pembantu Antidadah S19: Mengendalikan pelaksanaaan program pemulihan,pencegahan serta penguatkuasaan undang undang berkaitan dadah dan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan

Penolong Pegawai Antidadah S29:Melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan pusat komuniti ,program pencegahan,menjalankan tugas penguatkuasaan undang undang berkaitan dadah da tugas tugas lain yang diarahkan pegawai atas.

Pegawai Antidadah S41:Memastikan pelaksanaan dasar dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan diinsitusi dan komuniti,program pencegahan dan penguatkuasaan undang undang berkaitan dadah,kaedah kaedah pentadbiran pusat dan tugas tugas lain yang diarahkan pegawai atasan.

Syarat Permohonan

Pembantu Antidadah Gred S19

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    3.  
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
      • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    3.  
      • Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
      • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
      • diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1.  
      • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
    2. had umur pelantikan:
      • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Pegawai Antidadah Gred S41

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
  4. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).
  • Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jadual Gaji

Pembantu Antidadah Gred S19   –  RM1,352.00

Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 – RM1,493.00

Pegawai Antidadah Gred S41 – RM2,078.00

Cara Memohon

Cara membuat permohonan bagi jawatan jawatan dalam AADK yang dinyatakkan

Anda boleh terus ke laman web rasmi Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)

Portal Rasmi SPA

Permohonan AADK ?

Untuk makluman ,waktu ini tiada lagi hebahan ambilan rasmi anggota AADK dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia.

Tetapi anda masih boleh memohon jawatan yang ditawarkan AADK melalui portal rasmi SPA kerana permohonan jawatan dibuka sepanjang tahun

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.