
Jawatan Kosong FAMA
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan sebagaimana berikut:
1. Pekerja Am Ibu Pejabat K3
2. Tukang Masak K1
3. Pramusaji K2
4. Tukang Masak (Gred K1) & Pramusaji (Gred K2)
Pengenalan mengenai
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani
Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah dan sedang menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut;
- Memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak;
- Memperluaskan akses pasaran; dan
- Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport
Syarat Memohon dan Kelayakkan
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh.
Infomasi Penting
- Nama Majikan: Fama
- Tarikh Tutup Permohonan – 23 Jun 2020
Bagaimana cara memohon?
Anda perlu terus memohon ke laman web Fama dan memuat turun borang permohonan.
Lengkapkan borang tersebut dan tujukan kepada alamat seperti dibawah:
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor
Tekan pautan disini untuk terus ke laman web Fama untuk memohon