Informasi Jawatan
Nama Majikan: Jabatan Imigresen
Lokasi Jawatan kosong : Seluruh Malaysia
Tarikh tutup permohonan:Terbuka sepanjang tahun
Dekripsi Tugas : Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Jika anda seorang yang mempunyai keterampilan baik, semangat yang tinggi menggunung dan mampu berkerja dalam kumpulan, maka andalah yang dicari . Segera buat permohonan.
Syarat Permohonan
Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui dahulu syarat kriteria permohonan.
• 2 subjek kepujian (termasuk BM) dan 4 subjek lulus pada peringkat SPM.
• Ukuran fizikal menpati kriteria yang diingini seperti berikut:
a) Tinggi sekurang kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
b) Berat badan sekurang kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
c) Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI)diantara julat 19 hingga 26
d) Mempunyai sekurang kurangnya 79sm ukuran dada biasa dan 84sm semasa menarik nafas(lelaki sahaja)
e) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v6/9 tanpa cermin mata.
f) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;dan
g) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar
Jika anda menapati syarat-syarat yang dinyatakan di atas ini, teruskan pembacaan anda tentang cara-cara untuk membuat permohonan jawatan kosong sebagai Pegawai Imigresen.
Jadual Gaji
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Cara memohon
Untuk membuat permohonan , semuanya dilakukan melalui sistem SPA8i.
Login ke dalam sistem SPA pada pautan di bawah ;
MOHON PEG.IMIGRESEN
Kemaskini maklumat anda, dan pada bahagian pemilihan jawatan dipohon, masukkan PEGAWAI IMIGRESEN
RESUME PERCUMA
Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.