Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon JAWATAN TERBUKA di Jabatan Penjara sebagaimana berikut:
1. Pegawai Penjara KA19
2. Penolong Penguasa Penjara KA29
3. Penguasa Penjara KA41
Perihal Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia (Bahasa Melayu: Jabatan Penjara Malaysia) adalah jabatan yang dikendalikan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia yang bertanggungjawab ke atas penjara di mana pesalah yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Penjara ini juga bertindak sebagai institusi penahanan dan pemulihan.
Jabatan ini beribu pejabat di Kompleks Penjara Malaysia (Kompleks Penjara Kajang) di Kajang, Selangor di Lembah Klang.
Penjara berbeza dengan institusi atau organisasi lain yang terdapat dalam masyarakat moden. Mereka adalah tempat di mana sekumpulan kakitangan terlatih mengurus dan menjaga sekumpulan orang yang dikenali sebagai tahanan yang tidak berada di sana secara sukarela dan sebaliknya dipaksa masuk ke dalam dan dihalang keluar oleh pengawal, tembok dan pintu pagar. Jabatan Penjara tidak dapat memilih pelanggannya dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan ini harus hidup mengikut peraturan yang ditetapkan, dan pergerakan mereka dikawal dengan ketat.
Syarat Permohonan dan Kelayakkan
Pegawai Penjara KA19
Syarat Lantikan:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,418.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,476.24).
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
- lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Penolong Penguasa Penjara KA29
- Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,505.00);atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM 1,505.00;atau - Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,782.91).
dan- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
- lulus Peperiksaan Khas; dan
Penguasa Penjara KA41
Syarat Kelantikan :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA41:RM2,094.00);atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaa ialah pada Gred KA41: RM2,300.73).
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dandiperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Syarat Kelayakkan Bahasa Melayu :
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil V
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Gaji
1. Pegawai Penjara KA19 – RM1,360.00
2. Penolong Penguasa Penjara KA29 – RM1,505.00
3. Penguasa Penjara KA41 -RM2,094.00
PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Jawatan Pegawai Penjara KA19
Penolong Penguasa Penjara KA29
Jawatan Penguasa Penjara KA41
RESUME PERCUMA
Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.