Jawatan Kosong KESEDAR

Jawatan Kosong KESEDAR
Jawatan Kosong KESEDAR

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong KESEDAR sebagaimana di bawah bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.

Dengan ini, bagi yang masih mencari kerja dan mempunyai kelayakan yang akan diterangkan dibawah bolehlah untuk memohon melalui pautan yang disediakan. Jawatan.org menjadi laman web yang akan membantu untuk menyampaikan hebahan mengikut syarat yang telah ditetapkan berkenaan jawatan seperti yang terdapat dalam hebahan tersebut. Maklumat yang disediakan adalah tepat mengikut tarikh maklumat hebahan keluar hingga ke maklumat jawatan kosong tersebut ditutup.

Untuk memohon pastikan anda rujuk syarat pengambilan permohonan jawatan kosong, bidang tugas jawatan dan lokasi kekosongan jawatan terlebih dahulu. Kekosongan di bawah diterbitkan hanya untuk memudahkan permohonan anda.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Nama Majikan: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Lokasi Kekosongan: Kelantan
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2020

Jawatan Yang Di Tawarkan Untuk Jawatan Kosong KESEDAR

Pegawai Tadbir Gred N41
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Penolong Juruukur Gred JA29
Penolong Jurutera Gred JA29
Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Juruteknik Komputer Gred FT19
Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Penyelia Rancangan Tanah Gred G19
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11
Pembantu Awam Gred H11

Syarat Kelayakan Untuk Jawatan Kosong KESEDAR

a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

  • Bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, keutamaan adalah diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma/Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam.
  • Bagi jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 dan Penyelia Rancangan Tanah Gred G19, keutamaan adalah diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma/Sijil dalam bidang pertanian.

Cara Memohon

 Permohonan melalui laman sesawang berikut; -> KLIK SINI UNTUK MEMOHON <-

Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Dokumen asal dan salinan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu Mukim perlu dibawa ketika menghadiri sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu sebagaimana berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil-sijil persekolahan (Sijil Tamat Persekolahan, Sijil Kokurikulum dan Sijil yang berkaitan);
  • Kelulusan Akademik (Sijil / Diploma / Ijazah) mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
  • Transkrip Keputusan Akhir Peperiksaan (Diploma / Ijazah) jika keputusan sebenar belum diterima;
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada);
  • Perakuan bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan Insolvensi); dan.
  • Gambar berukuran pasport sebanyak 2 keping.

Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan dokumen tambahan ketika menghadiri sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu sebagaimana berikut:

  1. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini;
  2. Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi yang berkhidmat kurang daripada satu (1) tahun;
  3. Perakuan oleh Ketua Jabatan;
  4. Perakuan Bebas daripada Tindakan Tatatertib; dan
  5. Pengisytiharan Harta.

Pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Oktober 2020 (Rabu).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*