Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa JPJ 2020

0 9

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Penguatkuasa JPJ sebagaimana berikut:

1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan: Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Lokasi Kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan: Terbuka sepanjang tahun 2020

Pengenalan mengenai Jabatan Pengangkutan Jalan

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, (Bahasa Melayu: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, disingkat JPJ), adalah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengeluarkan plat nombor Malaysia. Ibu pejabatnya berada di Tingkat 1-5, Blok D4, Kompleks D, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melakukan pendaftaran dan pelesenan pemandu dan semua kenderaan bermotor dan treler di Malaysia. Menurut Akta Pengangkutan Jalan, tugas penguatkuasaan dan pengawalseliaan berada di bawah peranan dan tanggungjawab JPJ. Ketua pengarah jabatan sekarang ialah Dato ‘Sri Shaharuddin bin Khalid.

Syarat Memohon dan Kelayakkan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Skop Kerja/Deskripsi Tugas

  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Kelebihan dan Gaji

  • Gaji Minimum : RM2,081.00
  • Gaji Maksimum : RM9,547.00

Bagaimana cara memohon?

  • Anda perlu mengisi permohonan rasmi secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)
  • Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun.

Anda boleh terus saja tekan disini

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.