Kalau Benda Ni Tak Rakam Mesti Ramai Tak Percaya, Zizan Cari Siapa Pembuatnya.

0 32

Meskipun di musim kuarantin, ada saja video-video lucu yang dapat menghiburkan orang ramai. Terdapat banyak video juga mulai viral dengan kreativiti masing-masing yang berjaya meraih perhatian warganet.

Bukan sahaja netizen malah para selebriti terkenal sejak kebelakangan ini juga berjaya membuatkan peminat mereka terhibur dengan kreativiti mereka menghasilkan video meskipun perlu menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dimana video-video mereka itu boleh dikongsikan menerusi laman sosial.

Zulin Aziz dan Aeril Zafrel antara selebriti yang bikin ramai gelak besar

zulin aziz drama

aeril zafrel (2)

Lebih mencuit hati peminat dan pengikut selebriti terkenal, Zizan Razak pula apabila dia melalui laman Instagram ada memuat naik satu rakaman video yang mencuit hati ramai.

Zizan Razak juga dilihat geram dengan video suntingan ini yang dapat diperhatikan ianya merupakan babak dari sebuah filem Tamil namun lain pula yang jadi apabila ia disunting dengan lagu dari penyanyi rap Eminem bersama Rihanna berjudul Love The Way You Lie.

“Geram pulak aku tengok Eminem dia ni… aku puasa ni jangan kasi aku hilang sabar… sape edit ni aku nak kenal…” tulisnya menerusi Instagram.

Ternyata video dikongsikan pelawak dan pelakon terkenal ini membuatkan ramai gelak besar dalam masa yang sekejap dan dalam pada masa yang sama, rakannya, Ramona Zamzam juga tidak dapat menahan gelak dan meninggalkan reaksinya diruangan komen.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.