Kalendar Islam Bulan Ramadhan 2021 | Bulan Ramadan untuk tahun 2021 akan bermula pada petang hari Isnin, 12 April 2021 yang berlangsung selama 30 hari dan akan berakhir pada waktu matahari terbenam pada hari Selasa, 11 Mei 2021. Selalunya cuti islam bermula pada waktu matahari terbenam dan berakhir pada waktu matahari keesokan harinya atau hari yang berakhir pada hari cuti atau perayaan. Sebelum datangnya Ramadhan pihak berwajib akan melihat anak bulan dahulu untuk mengistiharkan esok atau lusa jadi awal ramadhan.
Setiap umat islam di seluruh dunia akan menantikan kehadiran bulan ramdhan kerana di dalam bulan mulia ini ada kerahmatan keberkahan dan di dalamnya ada malam lailaturqadar umpama seribu bulan, siapa buat ibadah pada bulan ramadhan dan didapati malam itu malam laialaturqadar ia mendapat pahala seperti seribu bulan beribadah, Allahuakhbar!!
Ramadhan adalah bulan yang di mana setiap umat islam akan berlumba untuk melakukan ibadah, di dalam bulan inilah banyak bersedekah, bantu-membantu, membayar zakat dan sebagainya, indahnya bulan Ramadhan.
Berkahirnya ramadhan akan tiba syawalnya dan umat islam diseluruh dunia akan meraih atau menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bulan Ramadan adalah bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam. Ini adalah bulan yang mulia bulan berpuasa, doa diterima, keluar zakat dan memberi serta menjadi hamba yang bertaqwa. Bulan ini berlangsung 29-30 hari bergantung pada penampakan bulan sabit.
Semoga perkongsian artikal atau kalendar bulan Ramadhan dapat memberi manfaat kepada umat islam dan kita menjadikan bulan ramadhan bulan yang mulia sebagai bulan beribadah kepadaNYA. Marilah sama-sama kita memuliakan bulan ramdhan ini dan segala amalan kita diterima olehNYA.. Amin.